Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KAI FA-50 Varian “Block 10” Lebih Berkemampuan, Lebih Berbahaya

0 608

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selewat-lewatnya tahun depan, usaha-usaha peningkatan kemampuan pesawat FA-50 oleh Korea Aerospace Industries (KAI)  dijangka selesai, sekaligus menjadikan pesawat itu lebih menarik di mata pelanggan-pelanggan yang berpotensi (kemungkinan termasuk Malaysia).

Varian baru pesawat FA-50 itu akan dikenali sebagai Block 10 yang akan mengintegrasikan pesawat dengan Lockheed Martin AN-AAQ-33 Sniper Targeting Pod yang membolehkan pesawat mencari sasarannya sendiri dan melancarkan bom-bom panduan laser.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Usaha-usaha peningkatan kemampuan itu bermula pada tahun lepas dan dijangka selesai tahun depan.

KAI mensasarkan varian Block 10 pesawat FA-50 untuk pelanggan-pelanggan sedia ada pesawat itu di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina, Indonesia. Pengguna sedia ada hanya perlu meningkatkan software tanpa perlu melakukan pergubahsuaian fizikal terhadap pesawat, kata pegawai syarikat KAI terbabit kepada sebuah majalah penerbangan antarabangsa.

FA-50

Pegawai itu juga berkata,  Asia Tenggara mempunyai keperluan untuk kira-kira 60 buah pesawat KAI FA-50  itu.

Sementara itu beliau juga berkata, walaupun varian Block 10 FA-50 dijangka siap tahun depan tetapi syarikat sudah pun merancang untuk meneruskan peningkatan kemampuan pesawat itu ke satu lagi tahap menerusi varian Block 20.

Varian Block 20 pesawat FA-50 bakal berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) AIM-120 AMRAAM, selain meningkatkan jarak operasi syarikat dan meningkatkan kemampuan pengesanan radarnya.

FA-50
“Sniper” Targeting Pod

Pada ketika ini, Tentera Udara Korea Selatan mengoperasikan kira-kira 60 buah pesawat dua tempat duduk dan satu enjin FA-50.

Malaysia telah memutuskan untuk memperolehi 36 buah pesawat FLIT/LCA dimana FA-50 bersama-sama pesawat lain seperti Leonardo M-346, YAK-130, Tejas serta J-17 dijangka bersaing untuk memenuhi keperluan TUDM itu.

Pesawat-pesawat itu akan diperolehi di dalam tempoh RMK-12 dan RMK-13 bagi menggantikan pesawat-pesawat Hawk 100 dan Hawk 200 yang digunakan TUDM ketika ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...