Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Myanmar Jadi “Negara Paling Disayangi” China dan Russia Di Asia Tenggara

Myanmar kini telah diangkat sebagai negara yang "paling disayangi" oleh China dan Russia di rantau Asia Tenggara disebabkan tindakannya menjadi pembeli terbesar sistem persenjataan kedua-dua negara kuasa besar dunia itu.

0 2,440

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam usaha untuk “memperkuatkan” sekutu utamanya di Asia Tenggara iaitu Myanmar, China telah bermurah hati untuk “menghadiahkan” kerajaan tentera negara itu yang dipimpin oleh Jeneral Myint Aung Hlaing dengan sebuah kapal diesel elektrik buatan syarikat pertahanannya.    

Kapal selam diesel elektrik itu bakal menambah lagi koleksi sistem-sistem persenjataan China yang digunakan oleh angkatan tentera Myanmar pada ketika ini, seterusnya memperkuatkan kedudukan negara Asia Tenggara itu sebagai antara pembeli terbesar sistem persenjataan China ketika ini.

China merupakan pembekal utama senjata kepada rejim di Myanmar daripada peluru berpandu anti-kapal C-802 kepada pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) JF-17 “Thunder” dan pesawat pengangkut Shaanxi Y-8.

Kapal Selam

Myanmar juga memiliki sistem pertahanan udara jarak sederhana buatan China, selain peluru berpandu darat-ke-darat yang boleh membedil sasaran ratusan kilometer jauhnya.

Selain China, Myanmar juga melengkapkan angkatan tenteranya dengan sistem-sistem persenjataan buatan Russia termasuk sistem pertahanan udara “Pantsir” dan kini sedang berkira-kira untuk melengkapkan tentera udaranya dengan pesawat pejuang Sukhoi Su-30 selepas melengkapkan tentera udaranya dengan pesawat MiG-29.

Apa yang pasti adalah, rejim tentera Myanmar kini menjadi rakan yang amat “disayangi” Beijing dan Moscow di rantau Asia Tenggara. 

Kapal selam diesel elektrik yang dihadiahkan oleh Beijing itu dikenalpasti sebagai Type 035 atau Kelas Ming, yang seterusnya membawa bilangan kapal selam dioperasi oleh Tentera Laut Myanmar kepada dua buah ketika ini.

Sebelum ini, Myanmar turut menerima sebuah kapal selama jenis “Kilo” daripada India.

Dikala kerajaan tentera Myanmar itu menerima kecaman hebat daripada masyarakat dunia akibat rampasan kuasa daripada kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi,  Beijing muncul sebagai penyokong kuat tentera Myanmar dengan mempertahankan rejim tentera ganas itu di persada antarabangsa.

Kapal Selam

Beijing turut mempertahankan kerajaan tentera Myanmar di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menggunakan kuasa veto untuk “mendiamkan” desakan-desakan daripada masyarakat dunia yang mahu Myanmar kembali mengamalkan sistem demokrasi dan agar kerajaan tenteranya membebaskan pemimpin pro-demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi.

Bukan sahaja China telah memainkan peranannya sebagai “peguambela” Myanmar di peringkat antarabangsa, tetapi negara itu juga telah menjadi suara yang memujuk negara-negara ASEAN supaya tidak memencilkan Yangon daripada pertubuhan serantau itu.

Sayang sungguh Beijing kepada rejim tentera di Myanmar itu, sehingga mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan kepentingan Yangon itu terpelihara.

Tentera Laut Myanmar telah menamakan kapal selam diterimanya daripada China itu,”UMS Minye Kyaw Htin” dan pemerhati hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara berjiran itu akan menjadi lebih akrab.

Menurut media tempatan, pemberian kapal selam daripada China itu akan digunakan sebagai “stop gap” sebelum Myanmar memperolehi kapal selamnya sendiri,dimana Beijing atau Russia dijangka menjadi calon utama pembekalnya.

 Kapal Selam

India turut menghadiahkan sebuah kapal selam jenis Kilo buatan Russia kepada Myanmar Mac tahun lepas. 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 Kapal selam UMS Minye Kyaw Htin seberat 2,100 tan juga bakal menjadi platform latihan untuk bakal-bakal krew kapal selam Myanmar

Ia mampu membawa sehingga 57 krew dan beberapa jenis persenjataan termasuk lapan butir torpedo 533mm, peluru berpandu anti-kapal dan periuk api.

Ia boleh mencapai kelajuan 18 knot dan menyelam sehingga 300 meter.

Sebenar kapal selam kelas-Ming buatan China ini adalah direkabentuk hasil kapal selam Romeo buatan Russia.

Tentera Laut Bangladesh turut menggunakan dua buah kapal selam kelas Type 035G yang diperolehinya daripada China pada 2013 bernilai US$200 juta (RM800 juta), yang merupakan kapal selam pertama negara Asia Selatan itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...