Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam Mod 56 105mm “Pack Howitzer” Terus Jadi Tulang Belakang Tentera Darat

Walaupun usianya kini mencapai 65 tahun, ia tetap menjadi “tulang belakang” kepada unit-unit artilleri  Tentera Darat Malaysia, dengan lebih daripada 100 unit meriam Pack Howitzer Mod 56 ini masih digunakan oleh anggota tentera kita.

0 2,776

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun 18 buah meriam 105mm LG1 MKIII telah mula digunakan oleh Rejimen Pertama Artileri Diraja Para (1 RAD Para) tetapi tulang belakang kepada unit-unit artilleri tentera darat negara tetap meriam Oto Melara Model 56 (Mod 56) 105mm.

Dibangunkan oleh syarikat Oto Melara daripada Itali, meriam itu yang juga dikenali dengan panggilan “Pack Howitzer” mula memasuki produksi pada 1957 dan sehingga lebih 30 buah negara terus menggunakan meriam itu.

Meriam Pack Howitzer ini telah terlibat dengan pelbagai peperangan dan konflik daripada Perang Falklands, Perang Vietnam, Konfrontasi Malaysia-Indonesia sehinggalah kepada usaha memerangi pengganas Komunis oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pack Howitzer

Walaupun usianya kini mencapai 65 tahun, ia tetap menjadi “tulang belakang” kepada unit-unit artilleri  Tentera Darat Malaysia, dengan lebih daripada 100 unit meriam Pack Howitzer Mod 56 ini masih digunakan oleh anggota tentera kita.

Admin pasti anggota tentera kita adalah amat, amat mahir dalam mengendalikan Pack Howitzer ini kerana kemungkinan besar adalah– ia adalah sistem meriam 105mm yang mereka kendalikan sejak “mula bertugas sehinggalah ke hari pencen mereka.”

Pengetahuan mereka tentang selok-belok pengendalian meriam Pack Howitzer itu bolehlah diibaratkan seperti simpulan bahasa Inggeris  iaitu“Know Like The Back Of Your Hand.”

Direka oleh seorang pegawai kanan tentera Itali, Jeneral Salvatore Fuscaldi pada tahun 1956, meriam Pack Howitzer dibangunkan untuk memenuhi keperluan briged tentera negara itu yang dikenali dengan nama “Alpini.”

Pack Howitzer

Sepertimana namanya, briged ini beroperasi di kawasan bergunung-ganang di kawasan pergunungan Alpines.

Mereka mahukan sistem artilleri yang ringan, fleksibel, kompak yang boleh digunakan dengan mudah di kawasan pergunungan dan bukit-bukau yang sukar.

Meriam Pack Howitzer Mod. 56 yang hanya seberat kira-kira 1,200kg boleh ditanggalkan kepada 12 bahagian dan diangkut oleh haiwan seperti keldai, kuda atau unta dan ciri-ciri ini yang membuatkan meriam ini sangat ideal untuk digunakan di kawasan-kawasan yang tidak memiliki jalanraya.

Pack Howitzer
Anggota Para Tentera Darat mengendalikan meriam 105mm LG1 MKIII yang dibangunkan oleh firma Nexter daripada Perancis.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Krew meriam ini boleh menanggalkan komponen-komponennya dan memasangnya semula di dalam tempoh masa 3-4 minit sahaja.

Jarak maksima bedilan meriam Pack Howitzer sebagaimana yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia ini adalah kira-kira 10.5km dan ia juga boleh digunakan sebagai senjata anti-kereta kebal dan umpama sistem mortar.

Disebabkan populariti meriam Pack Howitzer sehinggakan ia digunakan oleh negara-negara NATO dan angkatan tentera seluruh dunia, syarikat pertahanan China iaitu NORINCO turut menciplaknya dan membangunkan sistem meriam yang sama.– DSA

 

Comments
Loading...