“MV Mega Bakti” Tiba Di Lokasi Pencarian “KRI Nanggala” Lebih Awal, Bukti Komitmen Malaysia
Ketibaan kapal penyelamat kapal selam negara di Laut Bali hari ini telah disahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal penyelamat kapal selam milik negara, MV Mega Bakti telah selamat tiba di lokasi pencarian kapal selam Indonesia, KRI Nanggala awal hari ini selepas menempuh pelayaran yang panjang daripada pangkalannya di Kota Kinabalu.
Ketibaan kapal penyelamat kapal selam negara di Laut Bali hari ini telah disahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.
“Tim Operasi Carilamat TLDM tiba di lokasi pencarian 3 jam 45 minit lebih awal daripada yang dijadualkan.”
“Akan memulakan Operasi SAR sejurus taklimat OSC TNI-AL. Semoga dipermudahkan segala urusan,” menurut ciapan RMN SUBFORCE @RMN_Subs har ini.
Ketibaan jauh lebih awal kapal MV Mega Bakti di lokasi pencarian di Laut Bali itu menunjukkan komitmen tinggi TLDM dan Malaysia untuk membantu misi SAR mencari kapal selam, KRI Nanggala serta 53 anak kapalnya.
Kehadiran MV Mega Bakti di lokasi pencarian adalah selepas berkuasa Indonesia mengumumkan penemuan beberapa serpihan dan minyak milik KRI Nanggala.
Misi SAR pihak tentera Indonesia juga menunjukkan kemungkinan kapal selam malang itu kini terdampar di kedalaman 850 meter di dasar laut.
Bagaimanapun Jakarta sehingga kini tidak dapat memberikan kepastian tentang nasib 53 anak kapal KRI Nanggala, walaupun menyatakan bekalan oksigen di kapal selam itu hanya mampu bertahan sehingga 3 pagi semalam.
Ketibaan kapal MV Mega Bakti itu amat dinantikan kerana ia membawa beberapa peralatan yang amat diperlukan untuk melaksanakan misi mencari dan menyelamat kapal selam dengan berjaya.
Antara peralatan yang dibawa oleh kapal milik negara adalah:
- Distressed Submarine Ventilation and Depressurization System (DSVDS)–
mengeluarkan udara kotor dan menyalurkan udara bersih. - Global Positioning System Intelligent Buoy Tracking System (GIB) – sistem
mencari kedudukan kapal selam terkandas.
Sementara itu, Remotely Operated Vehicle (ROV) – menyediakan escape hatch kapal selam
dan memasang DSVDS dan ELSS.
- Emergency Life Support Stores (ELSS) – menyalurkan bahan keperluan dan
makanan ke kapal selam terkandas. - Double Lock Decompression Chamber (DDC) – rawatan submariner yang
terdedah decompression sickness. - Submarine Interface Template System (SITS) – sistem bagi pemasangan
SMER–Rescue yang mempunyai keupayaan menyelamatkan submariner yang terkandas.
Selain MV Mega Bakti, kapal-kapal negara asing yang lain adalah daripada Singapura, India, Australia serta pesawat P-8A Poseidon daripada Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa Indonesia pula mengerahkan 21 buah kapal untuk terlibat sama dalam misi mencari dan menyelamat KRI Nanggala.