Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TNI Buat Kesimpulan 53 Krew “KRI Nanggala” Telah Meninggal Dunia

Menurut TNI, kesimpulan itu berdasarkan "bukti-bukti autentik."

0 2,003

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah membuat kesimpulan bahawa kesemua 53 orang krew kapal selam KRI Nanggala-402 telah meninggal dunia berdasarkan “bukti-bukti autentik” menunjukkan ke arah itu.

“KRI Rigel telah melakukan pemindaian secara lebih akurat di lokasi tersebut menggunakan multibeam sonar dan magnetometer,” kata Panglima TNI Marsekal Hadi Tjahjanto dalam sidang media hari ini.

Beliau juga berkata, kapal penyelamat kapal selamat MV Swift Rescue daripada Singapura juga telah menurunkan Remote Operated Vehicle (ROV) untuk memperkuat citra bawah air secara visual menggunakan kamera.

nanggala

“Telah diperoleh citra yang telah dikonfirmasi sebagai bagian dari KRI Nanggala-402 meliputi kemudi vertikal belakang, jangkar, bagian luar badan tekan, kemudi selam timbul, bagian kapal yang lain termasuk baju keselamatan awak kapal MK11,” menurut Hadi lagi.

Menerusi hasil penemuan itu, Panglima TNI itu membuat kesimpulan bahawa kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala telah gugur.

“Berdasarkan bukti-bukti otentik tersebut dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala-402 telah tenggelam dan seluruh awaknya (anak kapal) telah gugur,” katanya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...