Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MINDEF Jamin Pembinaan Kapal LCS Telus, Tanpa Rasuah

Kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) TLDM itu sepatutnya telah pun berada di Laut China Selatan untuk mencegah pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China.

0 1,265

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan memberi jaminan perolehan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) bernilai RM9 bilion untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dilakukan secara telus tanpa penyalahgunaan kuasa atau rasuah.

Itu adalah kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein di Sungai Petani beberapa hari lepas sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Berita Harian.

Satu kenyataan yang amat “ditunggu-tunggu” daripada Menteri Pertahanan, terutamanya selepas projek pembinaan enam buah kapal LCS itu terlewat lebih daripada tiga tahun dengan RM6 billion telah dibelanjakan tanpa satu kapal LCS pun berjaya disiapkan.

LCS

Admin ulangi sekali lagi RM6 bilion telah dibelanjakan tetapi satu kapal pun tidak siap.

Kemelut yang berlaku dalam projek pembinaan kapal LCS TLDM hanya menunjukkan kepada seluruh dunia tentang perangai kita sendiri. Sesuatu yang sememangnya tidak boleh dibanggakan.

Menteri Pertahanan itu berkata lagi bahawa perolehan LCS penting kerana negara berada dalam tempoh pasca COVID-19 dan proses itu perlu dirancang rapi.

“Isu pertahanan dan keselamatan negara serta rakyat tidak boleh dikompromi dengan wang ringgit, ugutan dengan politik dan wang ringgit serta pemikiran sempit.

LCS

“Saya dan pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan buat apa yang patut untuk memastikan tanggungjawab yang kita pikul dan amanah yang diletak di bahu kita ditunaikan setakat mana yang kita mampu,” katanya.

In the first place, jikalau Pak Menteri mengotakan kenyataan diatas, nescaya apa yang telah berlaku pada projek pembinaan kapal LCS pada ketika ini tidak akan berlaku dan TLDM telah pun memperolehi kapal-kapal LCS terbabit.

Dan kapal-kapal LCS TLDM itu sepatutnya telah pun berada kawasan perairan kita di Laut China Selatan untuk mencegah sebarang pencerobohan oleh kapal-kapal pengawal pantai China.

Sehingga 31 Oktober 2021, kemajuan pembinaan kapal LCS itu hanya berada pada tahap 57.5 peratus berbanding 96.57 peratus yang sepatutnya dalam jadual asal.

LCS

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Projek pembinaan enam buah kapal LCS itu telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau 43 bulan (3 tahun 7 bulan).

Beberapa bulan lepas,Kementerian Pertahanan mensasarkan pembinaan kapal LCS TLDM yang pertama dijangka hanya akan siap sepenuhnya pada tahun 2025, iaitu kira-kira 12 tahun selepas projek pembinaan kapal-kapal perang tercanggih TLDM itu bermula.

Perkara itu diumumkan oleh Hishammuddin sendiri di Parlimen. 

Bayangkan, kita akan hanya terima kapal LCS yang pertama selepas 12 tahun projek pembinaan kapal perang tercanggih Malaysia itu bermula.

Ia membuatkan admin terfikir sama ada kita sedang membina kapal LCS atau nuclear-powered aircraft carrier.  Memalukan….. — DSA

Comments
Loading...