Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MiG-35 Gagal Tarik Pembeli Luar Russia. Masa Depan Malap?

Sehingga kini, hanya enam buah prototaip dan lapan pesawat pengeluaran bersiri (serially produced) MiG-35 telah berjaya dihasilkan, menimbulkan lebih banyak persoalan tentang masa depan pesawat itu di dalam Tentera Udara Russia.

5,758

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada tahun 2013, Russia mengumumkan bahawa ia akan memperolehi sejumlah 37 buah pesawat pejuang MiG-35 (Fulcrum Foxtrot) untuk tentera udaranya dan akan menambah bilangan pesawat itu pada tahun-tahun mendatang.

Russia mahu melihat beberapa skuadron pesawat MiG-35 ditubuhkan untuk berkhidmat dengan Tentera Udara Russia (VKS) menjelang tahun 2020.

Bagaimanapun sehingga kini, hanya enam buah prototaip dan lapan pesawat pengeluaran bersiri (serially produced) MiG-35 telah berjaya dihasilkan, menimbulkan lebih banyak persoalan tentang masa depan pesawat pejuang itu di dalam Tentera Udara Russia.

Ini ditambah pula maklumat-maklumat daripada Russia yang mengatakan bahawa beberapa skuadron yang sepatutnya menerima pesawat MiG-35 itu telah “menukar selera” mereka kepada pesawat pejuang yang lebih heavyweight seperti Su-30SM dan Su-35.

Menurut pemerhati industri aeroangkasa antarabangsa, pesawat pejuang MiG-35 yang dibangunkan oleh Russian Aircraft Corporation (RAC) itu berkemungkinan besar tidak mempunyai masa depan di dalam Tentera Udara Russia, dengan Moscow lebih memberi perhatian kepada pesawat-pesawat generasi kelima.

MiG-35
Pesawat MiG-35

 

Russia agak terlambat dalam pengeluaran pesawat pejuang generasi kelima kerana negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Eropah malah China sudah bergerak ke arah pembangunan pesawat pejuang generasi ke-enam.

Pada penganalisis aeroangkasa antarabangsa, masa depan pesawat pejuang MiG-35 itu sebenarnya terletak kepada kemampuan RAC menarik minat negara-negara luar untuk membeli pesawat MiG-35 itu, kerana Tentera Udara Russia nampaknya tidak berminat untuk memperolehi pesawat itu dalam jumlah yang besar.

Apatah lagi, Tentera Udara Russia dilihat lebih berminat untuk mengoperasikan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima seperti Su-57 “Felon” atau Su-75 “Checkmate” atau pesawat generasi 4+++ Su-35.

Tentera Udara Russia telah meletakkan masa depan pesawat MiG-35 itu dalam keadaan terumbang-ambing.

Russia telah menawarkan pesawat MiG-35 itu kepada beberapa negara yang menggunakan MiG-29  seperti India dan Malaysia serta beberapa negara Afrika, Timur Tengah dan Asia Tengah tetapi sehingga kini tidak usaha pemasaran itu tidak menunjukkan sebarang hasil.

Sebelum ini, Moscow dilapor telah menyatakan kesediaannya untuk mengambil semula kesemua pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan menggantikannya dengan pesawat MiG-35 sekiranya Malaysia memilih pesawat itu sebagai calon pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

MiG-35
Pesawat MiG-35

 

Dengan peperangan di Ukraine dan sekatan ekonomi yang semakin mencengkam ekonomi Russia sehingga memberikan kesan buruk terhadap industri pertahanannya, tidak pasti jika ada negara-negara luar yang mahu menanggung risiko dengan memperolehi pesawat pejuang buatan Russia seperti MiG-35 itu.

Risiko paling tinggi adalah untuk mendapatkan bekalan alat ganti pesawat pada ketika Russia sedang berhadapan dengan sekatan ekonomi global.

Apa yang membuatkan pembeli berpotensi “berfikir dua kali” sebelum menimbangkan untuk memperolehi MiG-35 adalah kerana ia bukanlah sebuah pesawat pejuang yang baru sebagaimana digembar-gemburkan oleh RAC dan Moscow.

Sebenarnya, pesawat MiG-35 adalah pesawat pejuang yang dinaiktaraf daripada pesawat asalnya iaitu MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB dengan airframe yang sama sebagaimana pesawat MiG-29 yang direkabentuk ketika era Perang Dingin.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pesawat MiG-35 itu adalah sebuah pesawat yang telah dinaiktaraf dengan beberapa komponen dan peralatan yang moden bagi membolehkan ia lebih berkemampuan dalam menjalankan tugas dan misi yang diamanahkannya.

Pesawat MiG-35 itu didakwa oleh syarikat pengeluarnya akan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “Zhuk-MA” yang dikatakan boleh mengesan sasaran udara sejauh 160km manakala bagi sasaran laut pula ia boleh mengesan sasaran sejauh lebih 300km.

Pesawat itu boleh dilengkapkan dengan thrust vectoring sebagai opsyen.

Pesawat MiG-35 ini boleh disesuaikan dengan sistem persenjataan buatan Russia atau negara asing serta sistem defensif lain bagi memastikan combat suvivalbiliti yang tinggi.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

MiG-35 ini datang dalam dua versi iaitu MiG-35 (satu tempat duduk) and MiG-35D (dua tempat duduk).

Bagi peluru-peluru berpandu, pesawat MiG-35 ini berkemampuan untuk melancarkan pelbagai peluru berpandu termasuk peluru berpandu anti-kapal Kh-31A,  peluru berpandu anti-radiasi Kh-31P, peluru berpandu Kh-29TE and bom pintar KAB-500Kr selain bom-bom pintar yang lain.

Pesawat juga dilengkapi dengan external optical / laser targeting pod. – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.