Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gandingan Mantap Su-30MKM Dengan KH-31A Untuk Misi Maritim

Malaysia dikatakan memiliki sehingga 150 buah peluru berpandu anti-kapal KH-31A serta peluru berpandu anti-radiasi KH-31P, menurut badan pengkaji pasaran senjata antarabangsa.

0 7,832

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Memandangkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara, maka ia juga dilengkapi sistem peluru berpandu anti-kapal lancaran udara (air-launched anti ship missile)  yang berkemampuan tinggi.

Pihak TUDM tidak menyembunyikan jenis sistem peluru berpandu anti-kapal yang dibawanya, malah pesawat Su-30MKM pernah mempamerkan peluru berpandu anti-kapal pilihannya kepada khalayak antarabangsa pada pameran Singapore Air Show beberapa tahun yang lepas.

Ternganga sekejap pemerhati pertahanan antarabangsa yang hadir pada Singapore Air Show melihat deretan peluru berpandu anti-kapal yang dibawa pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM itu.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM menunjukkan peluru berpandu KH-31 pada pameran statik Singapore Air Show 2020.

 

Jika pesawat-pesawat F/A-18D Hornet TUDM membawa peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat dalam misi-misi maritimnya, bagi pesawat Su-30MKM pula dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal supersonik KH-31A  (AS-17 Krypton oleh NATO) buatan Russia.

Menggunakan kepala peledak armour-piercing, peluru berpandu KH-31A itu mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran seperti bot dan kapal peronda seberat sehingga 4,500 tan daripada jarak sejauh 70km.

Malaysia dikatakan memiliki sehingga 150 buah peluru berpandu anti-kapal KH-31A serta peluru berpandu anti-radiasi KH-31P, menurut badan pengkaji pasaran senjata antarabangsa.

Su-30MKM
Cik Su dengan KH-31 (Twitter)

 

Tiada kepastian di pihak Kementerian Pertahanan mahupun TUDM.

Pesawat Su-30MKM dilaporkan mengadakan penembakan ujian peluru berpandu KH-31A itu pada tahun 2014, dengan sasaran telah berjaya dibedil dengan tepat.

Peluru berpandu anti-kapal KH-31A yang digunakan oleh pesawat Su-30MKM itu dibangunkan oleh syarikat Tactical Missiles Corporation atau sebelum ini dikenali sebagai Zvezda-Strela.

Peluru berpandu anti-kapal KH-31A dilengkapi radar aktif untuk mengesan sasarannya dan ia menggunakan pendekatan sea-skimming untuk menghampiri sasaran pada kelajuan Mach 2.7 selepas dilancarkan daripada pesawat pada kelajuan Mach 3.5.

MiG-35
Peluru Berpandu Anti-Kapal KH-31A (paling dekat)

 

KH-31A ini mula didedahkan pada khalayak ramai pada awal tahun 90-an.

Pada akhir tahun 1997, sejumlah peluru berpandu KH-31A telah dieksport ke China bagi digunakan oleh pesawat-pesawat Su-27 dan Su-30 yang dipasang secara berlesen oleh negara itu.

Selepas itu, syarikat China dikatakan telah mengubahsuai peluru berpandu KH-31A dan mengeluarkan varian yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dikenali dengan nama YJ-91.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM TUDM (Gambar kredit TUDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Indonesia juga dikatakan menggunakan peluru berpandu KH-31A untuk pesawat-pesawat Sukhoi Su-30 tentera udaranya.

Beberapa hari lepas, media mendakwa pesawat tentera udara Russia dikatakan turut menggunakan peluru berpandu anti-radiasi KH-31P untuk membedil sistem pertahanan udara Ukraine. — DSA

 

 

Comments
Loading...