Meriam 105mm Boran Buatan Turkiye Bakal Masuki Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia ??
Walaupun seawal tahun 2022 pun, namun nama Boran telah disebut-sebut sebagai meriam 105mm yang berpotensi untuk menggantikan meriam 105mm Oto Melara Pack Howitzer digunakan secara meluas dan untuk suatu tempoh yang lama oleh Tentera Darat Malaysia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seawal Ogos 2022, Defence Security Asia telah menulis artikel tentang meriam Boran 105mm keluaran industri pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE) yang dioperasikan oleh angkatan tentera negara itu dan beberapa negara lain.
MKE merupakan syarikat yang sama membangunkan sistem meriam bergerak (self propelled howitzer) Yavuv 155mm yang merupakan pesaing utama untuk memenuhi keperluan Tentera Darat Malaysia.
(Persoalan tentang meriam SPH mana yang menjadi pilihan Malaysia sehingga kini masih belum terjawab)
Walaupun seawal tahun 2022 pun, namun nama Boran telah disebut-sebut sebagai meriam 105mm yang berpotensi untuk menggantikan meriam 105mm Oto Melara Pack Howitzer digunakan secara meluas dan untuk suatu tempoh yang lama oleh Tentera Darat Malaysia.
Namun selepas ucapan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis amanat 2025 beberapa hari lalu, nama Boran semakin kuat kedengaran di kalangan pemerhati pertahanan Malaysia.
Ini ditambah pula hubungan pertahanan sedia ada yang baik diantara Malaysia dan Turkiye, dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi pengguna beberapa sistem pertahanan buatan negara Mediterranean itu,
Amanat 2025 Menteri Pertahanan menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan akan melakukan perolehan meriam 105mm pada tahun ini, sebagai sebahagian daripada perolehan aset bernilai RM12 billion pada tahun ini.
Rakan kepada admin yang merupakan pemain industri pertahanan tempatan berkata, Boran sudah pasti akan menyertai tender meriam 105mm apabila ia dibuka oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun ini dan berpeluang besar untuk memenanginya.
Dengan hanya berat kira-kira 1700 kg, sistem meriam keluaran MKE ini bersesuaian untuk ditunda oleh kenderaan atau dibawa (underslung) oleh helikopter, bagi memudahkan ia dikerahkan ke mana-mana lokasi dengan pantas.
Meriam 105mm Boran ini boleh membedil sasaran sejauh 17 km dan berkemampuan menembak enam butir peluru di dalam tempoh satu minit.
Bagi membolehkan setiap bedilan pelurunya itu tepat mengenai sasaran, sistem meriam 105mm itu turut dilengkapi dengan Fire Control System (FCS) yang dibangunkan oleh firma terkenal Turkiye, ASELSAN serta sistem navigasi daratan.
Sistem FCS Boran turut dilengkapi dengan Muzzle Velocity Radar (MVR), Inertial Navigation System (INS) dan beberapa peralatan lain seperti electro-optic dan laser range finder bagi memastikan ketepatan tembakan sama ada siang atau malam.
Boran boleh melakukan tembakan daripada kedudukan 360 darjah menggunakan apa sahaja jenis peluru di dalam inventori tentera darat Turkiye.
Meriam 105mm keluaran syarikat MKE itu hanya memerlukan tempoh persediaan selama satu minit sahaja sebelum ia memuntahkan bedilan yang pertama.
Meriam BORAN 105mm ialah howitzer ringan yang dibangunkan sepenuhnya di Turkiye oleh syarikat Makina ve Kimya Endüstrisi Kurumu (MKE) untuk memenuhi keperluan Tentera Darat Turkiye.
Meriam ini direka bagi menyediakan sokongan tembakan yang cekap, khususnya untuk operasi briged komando dan unit udara, dengan keupayaan mobiliti tinggi serta sistem kawalan tembakan yang moden.
Berikut adalah spesifikasi teknikal utama meriam ini:
-
Kaliber: 105 mm
-
Berat: 1,745 kg (termasuk sistem kawalan tembakan).
-
Jarak Tembakan Maksimum: 17 km (pada paras laut) menggunakan amunisi jarak jauh.
-
Kadar Tembakan: 6 das per minit.
-
Sudut Elevasi: -3° hingga +70°.
-
Sudut Travers: 8° ke kanan dan 8° ke kiri.
-
Masa Persediaan: Kurang daripada 1 minit untuk siap sedia menembak.
-
Sistem Kawalan Tembakan: Dilengkapi komputer kawalan tembakan, GPS, dan teropong meriam panoramik.
-
Mobiliti: Boleh diangkut menggunakan helikopter seperti Sikorsky S-70 dan ditunda oleh pelbagai kenderaan ringan.
-
Krew Operasi: Dioperasikan oleh 5 orang.
-
Suhu Operasi: Berfungsi dalam julat suhu antara -32°C hingga +44°C.