Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selamat Pulang Helikopter Penyerang Ringan MD530 G

Keenam-enam buah helikopter itu dijangka tiba di Malaysia pada akhir suku pertama tahun ini.

0 20,546

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima enam buah helikopter penyerang ringan MD530G selepas syarikat pembuatnya, MD Helicopters Inc mengumumkan bahawa aset terbaru ATM itu sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Keenam-enam buah helikopter itu dijangka tiba di Malaysia pada akhir suku pertama tahun ini.

“MD Helicopters mengumumkan penerimaan awal (initial acceptance) keenam-enam buah helikopter Light Scout Attack Helicopters MD530G untuk Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi agen mereka Halaman Optima/Destini Prima.”

“Helikopter berkenaan sedang di dalam transit dan dijangka tiba di Malaysia untuk proses penerimaan akhir (final acceptance) di Malaysia pada akhir suku pertama 2022. Sebagai sebahagian daripada kontrak, lapan juruterbang dan lima mekanik daripada Pasukan Udara Tentera Darat telah menyelesaikan latihan operasi Forward Arming and Refuelling Point (FARP) di West Texas,” kata MD Helicopters dalam satu kenyataan menerusi laman web rasminya.

Naib Presiden Kanan Destini Prima Lt Kol (B) Ek Sing Nguong dalam kenyataan berkata pihaknya amat berbesar hati untuk membawa program itu ke peringkat seterusnya.

MD530G
credit MD530G

 

Syarikat menurutnya, akan menunggu ketibaan helikopter itu di Malaysia bagi proses penerimaan akhir di dalam negara pula.

Menurut MD Helicopters, keenam-enam helikopter itu adalah helikopter penyerang ringan yang berdasarkan kepada airframe Model 500/530.

Helikopter MD530G sebagaimana dioperasikan oleh Malaysia itu menyaksikan ia mengintegrasi sensor  Wescam L3 MX10D dan Pathfinder Ares Weapons Management System daripada Tek Fusion.

MD530G

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Integrasi sistem-sistem terbabit adalah untuk membantu penggunaan Dillion M134 Mini Gun, FN Herstal Heavy Machine Gun dan Rocket Machine Gun pods serta 2.75-inch Folding-Fin Aerial Rockets (guided and unguided).

Helikopter penyerang ringan MD530G itu memberikan kemampuan close-in support pada waktu malam  atau siang selain kemampuan pemantauan serta pengawasan.

Malaysia menandatangani perjanjian untuk membeli enam buah helicopter penyerang ringan MD530G keluar syarikat MD Helicopters Inc pada 2016 dengan harga RM320 juta.

MD530G

Syarikat MD Helicopters itu adalah anak syarikat kepada gergasi pertahanan Amerika Syarikat, McDonnel Douglas.

Penghantaran heliKopter penyerang ringan yang sepatutnya digunakan di kawasan pantai timur Sabah itu sudah beberapa kali tertangguh.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, tim Pre-Delivery Inspection (PDI) yang dihantar ke kemudahan syarikat MD Helicopters di Mesa,Arizona untuk memeriksa helikopter itu telah mengenalpasti beberapa perkara yang perlu ditambahbaik oleh syarikat.

Ia melibatkan sistem perisian helikopter MG530G yang boleh menjejaskan operasi helikopter berkenaan. — DSA

MD530G

Comments
Loading...