Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penghantaran Pulang Helikopter MD530G Ditangguh Ke Suku Pertama 2022

Nampaknya, dengan kenyataan oleh Timbalan Menteri Pertahanan tentang penghantaran enam buah helikopter MD530G kepada suku pertama tahun depan, maka, kita terpaksa berhadapan dengan satu lagi penangguhan aset pertahanan negara yang amat diperlukan, lebih-lebih dengan timbulnya laporan ancaman serangan Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army) terhadap Sabah semalam.

0 7,856

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas penerimaannya tertangguh beberapa kali, kini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan hanya menerima enam buah helikopter penyerang ringan MD530G daripada Amerika Syarikat pada suku pertama tahun hadapan berbanding akhir tahun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilaporkan berkata bahawa keenam-enam buah helikopter penyerang ringan itu akan diterima pada akhir tahun ini.

Nampaknya, dengan kenyataan oleh timbalan menteri itu semalam, maka, kita terpaksa berhadapan dengan satu lagi penangguhan aset pertahanan negara yang amat diperlukan, lebih-lebih dengan timbulnya laporan ancaman serangan Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army) terhadap Sabah semalam.

Sememangnya, pembelian enam buah helikopter penyerang ringan bernilai RM321 juta pada 2016 adalah reaksi kita terhadap insiden pencerobohan kumpulan bersenjata daripada selatan Filipina di Lahad Datu pada 2013.

MD530G

Keenam-enam helikopter MD530G itu dijangka beroperasi di kawasan ESSCOM.

Kini, dengan kemungkinan berulangnya ancaman daripada tentera Diraja Sulu (sebagaimana yang dilapor oleh akhbar South China Morning Post) dan kita masih lagi menunggu penghantaran enam buah helikopter itu.

Ok berbalik kepada kenyataan oleh Timbalan Menteri Pertahanan itu semalam, beliau berkata, tim Pre-Delivery Inspection (PDI) yang dihantar kemudahan syarikat MD Helicopters di Mesa,Arizona untuk memeriksa helikopter itu dan telah mengenalpasti beberapa perkara yang perlu ditambahbaik oleh syarikat.

Ia melibatkan sistem perisian helikopter MG530G yang boleh menjejaskan operasi helikopter berkenaan.

heli MD

Kementerian telah melakukan PDI yang kedua pada 6 hingga 9 Dis yang lalu dan mendapati bahawa helikopter itu telah menepati spesifikasi, dengan jangkaan penerimaan keenam-enam buah helikopter itu adalah pada suku pertama pada tahun 2022.

Beliau juga memberitahu bahawa Kementerian Pertahanan akan mengenakan bayaran gantirugi terhadap kelewatan penghantaran helikopter itu terhadap pihak-pihak yang berkenaan.

Jumlah bayaran ganti rugi itu akan ditentukan selepas helikopter itu telah berjaya dihantar pulang ke Malaysia.

MD-530G
Gambar Kredit Billy Hardimen, Vertical Magazine.

 

Pada mulanya, helikopter MD-530G sepatutnya diserahkan kepada ATM pada 2017-2018 tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan isu-isu teknikal yang tidak didedahkan.

Helicopter MD530G light scout attack ini boleh dilengkapi dengan TALON laser guided rocket untuk menangani ancaman kenderaan armor.

Selain itu ia juga boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan Dillon Aero 7.62mm mini Gatling gun serta pelbagai lagi sensor dan alatan avionic moden.

Helikopter ini boleh terbang selaju diantara 240km hingga 280 km sejam sejauh 430km dan selama dua jam setengah penerbangan.

MD-530G
Gambar Kredit Billy Hardimen, Vertical Magazine.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...