Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

K’jaan Kenal Pasti Tanah Tempatkan MAWILLA 4 Di Bintulu

"TLDM merancang untuk menempatkan kapal dan pesawat bersesuaian di MAWILLA 4 bagi meningkatkan pengawasan dan keselamatan perairan Laut China Selatan, selain mengekang pencerobohan daripada anasir luar," kata Panglima Tentera Laut.

0 3,902

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kerajaan sedang mengenal pasti tanah yang sesuai untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membangunkan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Bintulu, Sarawak bagi mengukuhkan keselamatan dan pengoperasian di kawasan Malaysia Timur, terutamanya di Laut China Selatan.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata Bintulu telah dipilih sebagai lokasi untuk menempatkan MAWILLA 4 kerana lokasinya yang strategik dari segi kedudukan dan pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan.

“Apabila tanah sudah dikenal pasti kita akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk proses pemilikan tanah berkenaan,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita nasional (BERNAMA) selepas menutup Eksesais Mega TLDM (Ex Kerismas) di sini hari ini.

MAWILLA
Pelabuhan Bintulu

 

Beliau berkata pembangunan MAWILLA 4 telah lama dihasratkan bagi meningkatkan keupayaan dan sokongan operasi TLDM di perairan negara khususnya di Sarawak.

“TLDM merancang untuk menempatkan kapal dan pesawat bersesuaian di MAWILLA 4 bagi meningkatkan pengawasan dan keselamatan perairan Laut China Selatan, selain mengekang pencerobohan daripada anasir luar,” tambahnya.

Pada Mac lepas,  Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata tapak untuk projek pangkalan itu telah ditawarkan Kerajaan Sarawak, dan pembinaannya dirancang bermula dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12.

MAWILLA 4 itu dijangka beroperasi menjelang pertengahan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Terdapat laporan media mengatakan MAWILLA 4 itu akan ditempatkan di Samalaju di Bintulu.

Ostex
(kredit TLDM)

 

TLDM tidak mampu menempatkan kapal-kapalnya dalam jangkamasa yang panjang di pelabuhan awam di Sarawak, kerana kos yang tinggi sekaligus meningkatkan keperluan untuk membina pangkalannya sendiri iaitu MAWILLA 4.

Dengan terbinanya MAWILLA 4 di Bintulu kelak, ia akan membantu TLDM dalam meningkatkan lagi rondaan aset-asetnya di kawasan perairan Laut China Selatan terutamanya di sekitar Beting Patinggi Ali yang kerapkali diceroboh oleh kapal-kapal pengawal pantai China serta kapal milik agensi-agensi penguatkuasaan negara itu yang lain.

Dengan adanya MAWILLA 4 di Bintulu, kapal-kapal peronda TLDM boleh dikerah ke Beting Patinggi Ali dan kawasan sekitarnya dengan cepat kerana kedudukan kedua-duanya hanyalah kira-kira 80 batu nautika (148km).

Pada ketika ini, rondaan di kawasan perairan sekitar Beting Patinggi Ali dilakukan oleh kapal-kapal TLDM yang berpengkalan di Pangkalan Kota Kinbalu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz juga pernah dilaporkan berkata bahawa Kementerian Pertahanan akan mendaftarkan permohonan peruntukan bagi perolehan tanah di Kawasan Perindustrian Samalaju, Tanjung Borkam, Bintulu dalam Pelan Pelaksanaan ketiga 2023, di bawah RMK-12. 

tldm
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Mohd Reza Mohd Sany

 

“Surat permohonan bagi tapak MAWILLA  4 telah dimajukan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Gajian Negeri Sarawak pada 9 Feb lepas (2022).

“Dengan perancangan teliti, Kementerian Pertahanan menjangkakan tiada permasalahan bagi projek (pembinaan MAWILLA  4 di Bintulu) ini dapat dilaksanakan dalam RMK-12,” katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada ucapan penggulungan Kementerian Pertahanan tentang RMK12 di Parlimen tahun lepas berkata langkah membangunkan MAWILLA 4 itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan keselamatan Sabah dan Sarawak.

“Pemilihan Bintulu untuk menempatkan MAWILLA 4 adalah berdasarkan lokasi strategik daripada segi kedudukan dan pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan.”

“Ianya (penubuhan MAWILLA 4 di Bintulu) telah lama dihasratkan untuk membolehkan kita meningkatkan keupayaan dan sokongan operasi TLDM. TLDM dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedang mengenalpasti tapak yang bersesuaian untuk pembinaan MAWILLA 4.”

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Mengulas mengenai Ex Kerismas, Panglima Tentera Laut berkata ekesais itu berlangsung selama 21 hari bermula 3 Okt 2022 hingga Ahad ini di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan sekitar Laut China Selatan.

“Eksesais intra TLDM terbesar ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang disasarkan. Ini merupakan eksesais tahunan terpenting kepada TLDM bagi menguji tahap kesiagaan dan keupayaan ArmadaTLDM dalam melaksanakan operasi maritim berintensiti tinggi,” tambahnya.

Menurutnya Ex Kerismas melibatkan 2,073 anggota TLDM bersama 23 kapal, sebuah kapal selam, sebuah Submarine Rescue Ship, empat helikopter, dua pesawat Unmanned Aircraft System, elemen Pasukan Khas Laut (PASKAL) dengan sokongan tujuh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...