Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Beri “Amaran Nuklear” Pada Russia, Iran

Kunjungan panglima tentera tertinggi Amerika ke sebuah kapal selam nuklear milik negara itu dan tindakan negara itu mendedahkan kedudukan aset strategiknya dikatakan adalah satu amaran kepada Russia dan Iran pada ketika hubungan Washington dengan Moscow dan Teheran amat tegang pada ketika ini.

0 6,737

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan yang disifatkan oleh pemerhati ketenteraan sebagai “jarang berlaku”, seorang panglima tentera Amerika di Timur Tengah telah dibawa ke sebuah kapal selam membawa peluru berpandu balistik nuklear negara milik negara itu itu di Laut Arab.

Lokasi sebenar kapal selam kelas-Ohio “USS West Virginia” yang mampu membawa di antara 20-24 peluru berpandu balistik nuklear Trident II D5 di Laut Arab itu tidak didedah kerana faktor keselamatan.

Amerika Syarikat jarang-jarang memaklumkan kedudukan kapal selamnya terutama yang dianggap strategik dan membawa peluru berpandu nuklear.

Kapal Selam
Jeneral Kurilla di dalam kapal selam USS West Virginia. (Central Command)

 

Jeneral Erik Kurilla berada di kapal selam nuklear Amerika itu selama lapan jam.

Kapal selam kelas-Ohio timbul (surface) daripada dasar Laut Arab itu untuk menerima kunjungan Kurilla yang merupakan pegawai tentera tertinggi Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah.  

Dalam satu kenyataan, Pemerintahan Pusat (Central Command) Angkatan Tentera Amerika berkata Kurilla bertemu dengan Pemerintah Armada Kelima (5th Fleet) Tentera Laut Amerika Laksamana Brad Cooper ketika berada di dalam selam itu.

Trident
Pelancaran peluru berpandu Trident.

 

Kurilla telah didedahkan dengan kemampuan USS West Virginia itu.

Dalam kenyataannya, beliau berkata,” Kapal selam itu adalah mahkota ke pada kemampuan nuklear Amerika Syarikat dan USS West Virginia telah menunjukkan fleksibiliti, survivalbiliti, kesiapsiagaan dan kemampuannya.”

Kunjungan panglima tentera tertinggi Amerika ke sebuah kapal selam nuklear milik negara itu dan tindakan negara itu mendedahkan kedudukan aset strategiknya dikatakan adalah satu amaran kepada Russia dan Iran pada ketika hubungan Washington dengan Moscow dan Teheran amat tegang pada ketika ini.

West Virginia
USS West Virginia

 

Tindakan Kurilla itu berlaku ketika Presiden Russia Vladimir Putin mengancam untuk menggunakan senjata nuklear pada ketika tentera mengalami kekalahan besar di medan peperangan di Ukraine.

Kunjungan panglima tentera tertinggi Amerika di Timur Tengah ke kapal selam nuklear itu juga seiring dengan bermulanya latihan nuklear membabitkan 14 daripada 30 buah negara anggota NATO.

Latihan nuklear NATO pesawat-pesawat pejuang yang berkemampuan membawa senjata nuklear serta pesawat pengebom strategik B-52.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Disebabkan kekalahannya di beberapa bahagian di Ukraine, Russia telah meminta bantuan daripada Iran yang bertindak membekalkan senjata-senjatanya seperti dron-dron berani mati yang digunakan untuk menyerang infrastruktur awam di Ukraine.

Kini terdapat laporan bahawa Iran akan membekalkan peluru-peluru berpandu taktikal kepada Russia. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...