Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bekas Juruterbang Tentera British Direkrut Untuk Latih Tentera China

Bekas-bekas juruterbang pesawat dan helikopter kombat British terbabit dibayar mahal untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan tentera China - bukan hanya tentang cara-cara untuk menerbangkan pesawat pejuang -- tetapi ia lebih kepada untuk merangka strategi dan taktik peperangan udara serta cara menewaskan pesawat negara Barat dan sekutunya.

0 4,311

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan British memberi amaran keras kepada bekas-bekas juruterbang pesawat pejuangnya supaya tidak menerima sebarang tawaran bekerja dengan tentera China.

Ini selepas laporan daripada BBC mendakwa kira-kira 30 bekas juruterbang pesawat pejuang British menerima didapati melatih pegawai-pegawai tentera China dengan bayaran yang amat mahal.

Dakwaan oleh stesen televisyen berita terkenal Britain itu mengatakan bahawa bekas-bekas juruterbang pesawat dan helikopter kombat negara itu ditawarkan wang yang banyak untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan tentera China.

Merlin
Helikopter Anti-Submarine Warfare (ASW) Tentera British jenis Merlin MK2.

 

Laporan perisikan negara itu mendakwa bahawa usaha merekrut bekas-bekas pegawai tentera British yang bermula sejak 2019 telah diperhebatkan.

Menurut laporan media Britain,bekas-bekas juruterbang pesawat dan helikopter kombat British terbabit dibayar mahal berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan tentera China bukan hanya untuk “menerbangkan” pesawat pejuang tetapi lebih kepada untuk merangka strategi dan taktik peperangan udara.

“Mereka (tentera China) mahu strategi dan taktik untuk menumpaskan pesawat-pesawat Barat sekiranya peperangan tercetus di antara China dengan negara-negara Barat serta sekutu mereka.”

Menurut seorang pegawai, bekas juruterbang British itu ditawarkan ganjaran yang lumayan untuk membantu pihak China memahami bagaimana pesawat-pesawat dan juruterbang Barat beroperasi.

Maklumat-maklumat sebegini adalah amat penting terutamanya apabila konflik di Taiwan tercetus.

HMS Queen Elizabeth

Bekas-bekas juruterbang British itu termasuk mereka yang pernah menerbangkan pesawat-pesawat pejuang seperti Eurofighter Typhoon,Jaguar,Harrier dan Tornado serta helikopter-helikopter kombat.

Mereka juga pernah berkhimad dengan pelbagai peringkat di dalam angkatan tentera British.

Laporan oleh media British itu juga mendakwa bahawa Beijing cuba merekrut bekas-bekas juruterbang British yang pernah menerbangkan pesawat generasi kelima F-35 tetapi gagal.

Pihak China menggunakan sebuah akademi penerbangan di Afrika Selatan untuk menjalankan kerja-kerja kotornya dalam merekrut bekas-bekas juruterbang kombat daripada Britain dan beberapa negara lain.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Jurucakap Kementerian Pertahanan British menyatakan bahawa pihak sedang mengambil tindakan segera untuk menghentikan tindakan tentera China merekrut bekas-bekas juruterbangnya untuk melatih anggota tenteranya.

Pada ketika ini, tiada bukti menunjukkan bahawa bekas juruterbangnya telah melanggar Akta Rahsia Rasmi, selain mengingatkan mereka tentang tanggungjawab memelihara maklumat-maklumat rahsia. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...