Satu Lagi Plot Tanah Milik Keluarga Diraja Johor Di Singapura
Sebenarnya, tidak ramai yang mengetahui bahawa keluarga diraja Johor memiliki satu lagi plot tanah di republik itu di Telok Blangah, yang sudah pasti amat berharga daripada segi nilai hartanahnya tetapi jauh lebih berharga dari segi nilai sejarahnya kepada Kesultanan Johor dan Negeri Johor itu sendiri.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam hasil daripada laporan oleh Bloomberg, kita mengetahui bahawa Tunku Mahkota Johor merupakan pemilik berdaftar bagi satu plot tanah bernilai yang terletak ditengah-tengah kotaraya Singapura.
Perunding hartanah antarabangsa, Savills Plc menganggarkan nilai plot tanah milik TMJ yang menempatkan “Istana Woodneuk” itu adalah disekitar US$4.5 bilion atau RM18.4 bilion.
Cuba bayangkan di dalam tempoh lima atau 10 tahun lagi, berapakah harga plot tanah kepunyaan pemilik kelab bolasepak JDT itu?
Sebenarnya, plot tanah milik TMJ berhampiran Taman Botani Singapura di Jalan Holland dan Tyersall Avenue itu bukanlah satu-satunya tanah yang dimiliki oleh keluarga diraja Johor di dalam republik Singapura.
Sebenarnya, tidak ramai yang mengetahui bahawa keluarga diraja Johor memiliki satu lagi plot tanah di republik itu di Telok Blangah, yang sudah pasti amat berharga daripada segi nilai hartanahnya tetapi jauh lebih berharga dari segi nilai sejarahnya kepada Kesultanan Johor dan Negeri Johor itu sendiri.
Adalah amat unik bahawa Malaysia menerusi keluarga diraja Johor masih memiliki tanah di Singapura, beberapa tahun selepas negara menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, republik itu kepada kerajaan republik Singapura.
Admin rasa tidak ada negara lain yang memiliki tanah dengan kuasa “extraterritorial jurisdiction” di Singapura yang membuatkan situasi itu sememangnya amat unik, tetapi tidak pelik kerana semuanya berlaku sebelum republik itu wujud lagi.
Kedudukan Johor dan Malaysia di Singapura adalah amat unik.
Berkelahi macam mana pun, Singapura dengan Johor dan Malaysia ini tetap “adik-beradik” yang diikat dengan tali sejarah.
Ok berbalik kepada tanah milik keluarga diraja Johor di Telok Blangah itu, tanah seluas 1.2 hektar itu menempatkan sebuah masjid yang indah dan amat bersejarah dinamakan “Masjid Temenggong Daeng Ibrahim”.
Selain menempatkan masjid bersejarah itu, tanah milik keluarga diraja Johor itu turut menempatkan tanah perkuburan Islam serta makam diraja manakala pentadbirannya pula adalah di bawah kuasa Sultan Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Makam diraja di tanah yang menempatkan masjid itu dikatakan menempatkan makam Temenggong Abdul Rahman dan Temenggong Daeng Ibrahim.
Laporan juga mengatakan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim ini adalah satu daripada dua masjid di republik itu yang bukan berada dibawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Imam, bilal dan kakitangan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim adalah kakitangan kerajaan negeri Johor, manakala khutbah Jumaat dan Doa Sultan disediakan oleh Jabatan Mufti Johor.
Comments are closed.