Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Krew Kapal Selam China Di Laut China Selatan Hadapi Masalah Mental

Rumusan itu adalah hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh oleh Institute of Military Health Management at Naval Medical University in Shanghai, China. dan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Ketenteraan (Journal of Military Medicine). 

0 3,269

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu daripada lima krew kapal selam China yang bertugas di Laut China Selatan dikesan mengalami masalah sakit mental dan psikologi yang amat teruk, berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan negara itu.

Rumusan itu adalah hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh oleh Institute of Military Health Management at Naval Medical University in Shanghai, China. dan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Ketenteraan (Journal of Military Medicine).

“Kajian ini menunjukkan untuk pertama kali bahawa krew dan pegawai kapal selam di Laut China Selatan terdedah kepada risiko penyakit mental dan mengalami masalah psikologi yang amat teruk,” menurut rumusan yang dilakukan oleh penyelidik China itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tentera laut China termasuk angkatan kapal selamnya telah meningkatkan operasi mereka di Laut China Selatan untuk mengukuhkan dakwaan mereka bahawa perairan strategik itu adalah milik mereka.

Nampaknya, tindakan China meningkatkan rondaan/operasi kapal-kapal selamnya di Laut China Selatan itu telah memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental krew-krew kapal selamnya sehingga menyebabkan mereka “sakit mental”.

Kapal Selam
Kapal selam berkuasa nuklear China

 

“Satu kumpulan tentera yang berhadapan dengan risiko menghadapi masalah mental adalah mereka yang bertugas di dalam kapal selam terutamanya di Laut China Selatan.”

“Bukan sahaja Laut China Selatan itu terletak di kawasan tropika dengan cuaca panas dan humidity yang tinggi tetapi kedudukan geografinya juga penting daripada segi politik dengan negara-negara seperti Vietnam, Filipina dan negara-negara lain turut meningkatkan lagi tuntutan maritim mereka.”

“Bertitik-tolak daripada hubungan yang tegang dengan negara-negara ini,  China juga telah meningkatkan rondaan bagi memperkuatkan kawalan di Laut China Selatan,” menurut laporan penyelidikan itu.

Hasil daripada penyelidikan oleh pakar-pakar China itu menunjukkan krew kapal-kapal selam China “stress” kerana mereka terpaksa tinggal dalam ruangan yang sempit dalam kapal selam untuk suatu tempoh yang lama dan ini telah menyebabkan mereka mengalami penyakit mental.

China memiliki kira-kira 60 buah kapal selam terdiri daripada kapal selam diesel elektrik dan berkuasa nuklear.

Menurut sebuah badan bukan kerajaan Amerika Syarikat, kira-kira 10 buah daripada kapal selam China itu berkuasa nuklear.

Antara sakit-sakit mental yang dialami oleh krew-krew kapal selam China di Laut China Selatan itu adalah “obsessive-compulsive behavior, anxiety, phobic anxiety and somatization, which is when a mental state, such as depression, manifests itself in physical symptoms.”

Institute of Military Health Management at Naval Medical University in Shanghai, China.

Kapal selam
Kapal selam berkuasa nuklear China

 

Penyelidikan oleh pakar-pakar perubatan ketenteraan China adalah berdasarkan kepada soalselidik terhadap 511 krew kapal selama China yang terlibat dalam operasi di Laut China Selatan.

Ia juga mendapati krew kapal selama yang telah berkhidmat di antara enam hingga 10 tahun berhadapan dengan risiko rendah untuk mengalami masalah mental, yang membuktikan tugas yang dilakukan bukan sahaja menghendaki mereka berfizikal kuat tetapi juga berpengalaman luas.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...