Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tempoh Menunggu Dapatkan UCAV “Bayraktar TB2” Cecah Tiga Tahun

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Baykar, Haluk Bayraktar berkata disebabkan permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia untuk membeli “Bayraktar TB2 itu, senarai menunggu (waiting list) untuk membeli UCAV buatan Turki itu kini adalah selama tiga tahun.

0 2,333

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Disebabkan prestasinya menakjubkannya di medan-medan peperangan daripada Libya sehingga ke Ukraine pada ketika ini, sistem UCAV “Bayraktar TB2” yang dibangunkan oleh syarikat Turki, Baykar telah menerima permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia.

Menurut ketua pegawai eksekutif Baykar, Haluk Bayraktar, disebabkan permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia untuk membeli “Bayraktar TB2 itu, senarai menunggu (waiting list) untuk membeli UCAV buatan Turki itu kini adalah selama tiga tahun.

“Permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia telah menyebabkan pelanggan perlu menunggu sehingga tiga tahun untuk Bayraktar TB2,” katanya kepada Yayasan Come Back Alive Ukraine baru-baru ini.

Bayraktar TB2

Selagi UCAV Bayraktar TB2 menunjukkan kebolehannya di medan-medan peperangan, maka selagi itulah syarikat akan menerima permintaan yang tinggi daripada pelanggan yang mahu membeli pesawat tanpa pemandu kebanggaan Turki itu.

Pada ketika ini, kemudahan yang dimiliki oleh syarikat Baykar mampu menghasilkan kira-kira 20 buah Bayraktar TB2 di dalam sebulan.

Bagaimanapun ia berharap dengan kemudahan yang bakal ia dirikan di Ukraine, ia mampu menghasilkan lebih banyak UCAV itu untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia.

Bayraktar TB2

“Kami melihat Ukraine sebagai rakan strategik kami,” kata Haluk sambil menambah bahawa pihak sedang membina kemudahan tambahan milik syarikat di Ukraine, yang akan turut membina UCAV Akinci dan Kizilelma.

Kemudahan yang dimiliki oleh syarikat Baykar di Ukraine itu termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan.

Disebabkan prestasinya yang baik pada awal konflik di antara Russia dan Ukraine dengan memusnahkan banyak aset-aset darat milik Russia di Ukraine seperti kereta kebal dan kereta perisai, penduduk negara Eropah Timur itu telah memberikan status lagenda kepada UCAV Bayraktar TB2.

Bayraktar TB2
UCAV Akinci

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bayraktar TB2

Populariti UCAV Bayraktar TB2 itu dikalangan penduduk Ukraine telah membuatkan mereka mencipta sebuah lagu khusus tentang kehebatannya.

Pada Jun lepas, syarikat Turki itu turut telah mendermakan tiga buah UCAV Bayraktar TB2 kepada Ukraine.

Bagaimanapun dengan konflik di antara kedua-dua negara itu memasuki bulan ke-enam, keberkesanan UCAV Bayraktar TB2 mula dipertikaikan selepas pihak Russia meningkatkan kemampuan sistem pertahanan udara dan peperangan elektronik mereka untuk melindungi aset-aset mereka daripada serangan oleh UCAV Turki itu. — DSA

Comments
Loading...