Selamat Tinggal Pesawat “Super Jumbo” Airbus A380 Malaysia Airlines
Menurut aplikasi penjejakan penerbangan Flight Radar yang dipetik oleh portal Aerotime Hub, pesawat A380-800 keenam dan terakhir milik Malaysia Airlines dengan nombor pendaftaran 9M-MNF telah dikesan terbang ke Lapangan Terbang Tarbes di Perancis pada 19 Disember lalu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia Airlines akhirnya telah menghantar pesawat “Super Jumbo” Airbus A380-800 miliknya keenam dan yang terakhir ke Tarbes,Perancis bagi penyimpanan jangkamasa panjang (long-term storage), menandakan berakhirnya operasi pesawat itu selama 10 tahun dengan syarikat penerbangan nasional itu.
Menurut aplikasi penjejakan penerbangan Flight Radar yang dipetik oleh portal Aerotime Hub, pesawat A380-800 keenam dan terakhir milik Malaysia Airlines dengan nombor pendaftaran 9M-MNF telah dikesan terbang ke Lapangan Terbang Tarbes di Perancis pada 19 Disember lalu.
Pesawat wide-body itu dikesan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 11.33 pagi (waktu tempatan) menerusi penerbangan MH5088 menuju ke Tarbes–Lourdes–Pyrénées Airport (LDE) di Perancis.
Menurut portal itu lagi, pesawat itu merupakan yang terakhir daripada enam buah pesawat A380-800 yang dihantar oleh Malaysia Airlines ke Perancis untuk tujuan penyimpanan jangkamasa panjang.
Pesawat yang lebih dikenali dengan nama “Super Jumbo” itu menyertai Malaysia Airlines pada Mac 2013, menurut data oleh Planespotters.net.
Pesawat-pesawat itu aktif berkhidmat di beberapa laluan di Eropah, Australia dan Asia sehingga April 2020 apabila dunia dilanda oleh pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan penggunaan pesawat A380-800 oleh Malaysia Airlines itu digantung.
Berikutan dengan langkah penstrukturan semula Malaysia Airlines pada Mei 2020, syarikat penerbangan itu mendedahkan bahawa ia sedang mengkaji cadangan untuk melupuskan kesemua pesawat Super Jumbo itu.
Malaysia Aviation Group (MAG) cuba menjual kesemua enam buah pesawat itu, tetapi gagal.
Dalam posting di dalam Linkedin pertengahan tahun lepas, Malaysia Airlines menyatakan ia telah memulakan proses tender terbuka untuk menjual keenam-enam buah pesawat komersial itu beserta komponen-komponennya.
Proses tender itu dilakukan oleh MAB Pesawat Sdn Bhd (MABP).
MABP mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk membeli pesawat itu supaya menghantar cadangan mereka.
Menurut laporan agensi berita Reuters pada 4 Mei 2021, MAG menyatakan bahawa ia sedang mencari jalan untuk melupuskan enam buat pesawat Airbus A380-800 itu.
MAG yang merupakan syarikat induk kepada Malaysia Airlines dilaporkan berkata bahawa pesawat-pesawat Super Jumbo itu tidak termasuk didalam perancangan masa depan syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia itu.
Bagaimanapun usaha menjual pesawat gergasi Airbus A380-800 itu bukanlah sesuatu yang mudah tidak banyak syarikat yang mahu memilikinya.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Laporan media antarabangsa menyatakan bahawa banyak syarikat penerbangan yang mengoperasi pesawat Super Jumbo itu telah menghentikan operasinya dan bertindak menyimpannya untuk jangka masa panjang.
Menurut Planespotters.com, pesawat Airbus A380-800 Malaysia Airlines dengan nombor pendaftaran 9M-MNF bersama-sama 9M-MNA, 9M-MNB, 9M-MNC, 9M-MND, dan 9M-MNE disimpan di KLIA sementara menunggu pembeli sehingga November 2022 apabila Malaysia Airlines memutuskan untuk memindahkan pesawat itu ke pusat penyimpanan jangka panjang di Perancis.
Pesawat Super Jumbo pertama milik Malaysia Airlines yang pertama, 9M-MNC dikesan telah terbang ke Tarbes pada November 14 sebelum diikuti oleh pesawat-pesawat yang lain. — DSA
Jom!!!! follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments are closed.