Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Setahun Sudah Berlalu, Enam A380 Milik MAS Masih Belum Temui Pembeli

Pada 12 Julai 2021, Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk penerbangan nasional, Malaysia Airlines, mengeluarkan notis tender kepada pihak yang berminat untuk membeli pesawat A380 dan/atau komponennya.

0 2,819

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada Julai tahun lepas, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) mengumumkan bahawa telah memulakan proses tender terbuka untuk menjual keenam-enam buah pesawat Airbus A380-800 yang digunakan oleh syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS)  itu beserta komponen-komponennya.

Proses tender itu dilakukan oleh MAB Pesawat Sdn Bhd (MABP).

Bagaimanapun sudah hampir setahun tender itu dibuka dan nampaknya keenam-enam pesawat super jumbo Airbus A380-00 itu masih belum dapat “memikat hati” mana-mana pembeli.

A380

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Izham Ismail berkata MAG masih belum membuat sebarang keputusan mengenai status pesawatnya, Airbus A380-800, yang masih untuk dijual.

Buat masa ini katanya, kesemua enam pesawat super jumbo itu tidak beroperasi.

“Kami sedang berunding dengan pembeli berpotensi. Terdapat pertanyaan dan ia kekal sulit,” katanya ketika dalam satu laporan berita oleh agensi berita nasional Bernama di luar Festival Penerbangan Asia 2022 di Singapura hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status enam pesawat A380-800 kumpulan itu.

Pada 12 Julai 2021, MAG, syarikat induk penerbangan nasional, Malaysia Airlines, mengeluarkan notis tender kepada pihak yang berminat untuk membeli pesawat A380 dan/atau komponennya.

A380
Pengumuman tender penjualan enam buah pesawat A380 tahun lepas.

 

Penjualan itu susulan keputusan MAG untuk tidak lagi menggunakan kumpulan pesawat A380 selepas langkah penstrukturan semula yang selesai dilakukan pada Mac 2021.

MAG melaksanakan proses hak dalam menilai penyerahan oleh bakal pembida dan menjangkakan dapat menyelesaikan langkah itu pada suku keempat 2021.

Unit milik penuh MAG, MAB Pesawat Sdn Bhd diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan tender terbuka bagi penjualan pesawat tersebut dan/atau komponennya di mana pihak yang berminat perlu mengemukakan cadangan mereka selewat-lewatnya pada 12 Ogos, 2021.

MAS

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pada masa ini, MAG mempunyai kumpulan 102 pesawat dan daripada jumlah itu, 87 pesawat adalah di bawah Malaysia Airlines dan bakinya dioperasikan di bawah jenama MASwings dan Firefly’s, katanya.

“MAS bukanlah sebuah syarikat penerbangan yang besar. Semua pesawat kita sebenarnya terbang…ia terbang walaupun semasa pandemik,” katanya.

Izham berkata MAS menyasar untuk mencapai kapasiti kira-kira 76 peratus pada akhir 2022. — DSA

 

Comments
Loading...