Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat M-346FA, “Mini MRCA” Dari Leonardo

Untuk tender FLIT/LCA TUDM, syarikat Leonardo dikatakan menawarkan varian M-346FA (Fighter Attack) yang telah diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 2019 untuk pelanggan-pelanggannya yang mahu pesawat M-346 yang lebih berkemampuan dalam melaksanakan pelbagai misi umpama mini MRCA.

0 2,236

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Leonardo  yang berpengkalan di Itali bukanlah asing di Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana ia telah lama bertapak di negara ini dengan beberapa produknya telah dan sedang digunakan di negara ini seperti helikopter AW139 dan pesawat latihan Aermacchi MB-339CM.

Leonardo merupakan salah sebuah syarikat yang menyertai persaingan untuk membekalkan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer (FLIT)/Light Combat Aircraft (LCA) kepada TUDM) dan telah menawarkan varian pesawat M-346 yang terbaru iaitu M-346FA (Fighter Attack).

 Pada ketika ini, pesawat M-346 mempunyai tiga varian iaitu M-346 AJT (Advanced Jet Trainer), M-346 FT (Fighter Trainer) dan M346 FA (Fighter Attack).

M-346FA

Dikalangan negara serantau, pesawat latihan lanjutan (Advanced Jet Trainer) M-346 bukanlah asing kerana Tentera Udara Republik Singapura merupakan pelanggannya sejak tahun 2012 dengan 12 buah pesawat serta beberapa tentera udara negara lain termasuklah Itali dan Israel.

Disebabkan aspek familiarity dengan TUDM dan pasaran Malaysia, syarikat Leonardo itu adalah antara pencabar utama dalam persaingan untuk membekalkan pesawat FLIT/LCA kepada Malaysia, walaupun penamatan khidmat lebih awal pesawat latihan lanjutan Aermacchi MB-339 itu telah sedikit sebanyak mencalar reputasinya.

M-346FA

TUDM menggunakan sembilan buah pesawat latihan lanjutan Aermacchi MB-339CM bermula pada tahun 2009 sebelum perkhidmatannya digantung pada 2019 susulan insiden sebuah pesawatnya terhempas di Kuantan pada 2019 dan beberapa masalah teknikal yang lain.

Baru-baru ini,Kementerian Pertahanan mengesahkan ia telah menamatkan perkhidmatan pesawat latihan lanjutan itu,walaupun baru hanya menggunakannya selama 10 tahun.

Tindakan menamatkan perkhidmatan pesawat Aermacchi itu sedikit sebanyak mencalar imej produk keluaran syarikat Leonardo itu.

M-346FA
Panglima Tentera Udara ketika itu melihat keadaan kokpit pesawat M-346, (circa 2017 -kredit pix Leonardo)

 

Untuk tender FLIT/LCA TUDM, syarikat Leonardo menurut media asing dikatakan menawarkan varian M-346FA (Fighter Attack) yang telah diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 2019 untuk pelanggan-pelanggannya yang mahu pesawat M-346 yang lebih berkemampuan dalam melaksanakan pelbagai misi umpama mini MRCA.

Varian yang ditawarkan kepada Malaysia adalah berlainan dengan varian M-346 AJT digunakan oleh Tentera Udara Republik Singapura yang khusus untuk memberikan latihan lanjutan kepada juruterbang-juruterbang pesawat pejuang negara itu.

Terdapat kemungkinan juga Leonardo menawarkan dua varian kepada TUDM iaitu M-346FA untuk misi-misi LCA (Light Combat Aircraft) dan M-346AJT untuk latihan lanjutan atau FLIT.

Varian M-346FA dikategorikan sebagai “mini MRCA” (multi-role combat aircraft).

M-346FA

Varian pesawat dua tempat duduk M-346FA keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan digital glass cokpit.

Selain itu pesawat turut memiliki LCD multi-function displays, head-up display, alatan night vision goggle (NVG), sistem voice command, sistem self-protection, sistem helmet-mounted display (HMD), navigasi dan komunikasi serta sistem traffic collision avoidance.

Varian terbaru M-346FA menurut syarikat Leonardo, direkabentuk untuk memberikan peningkatan keupayaan untuk angkatan tentera yang berada di lapangan.

M-346FA

 Leonardo berkata, varian FA (Fighter Attack) yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan TUDM itu boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai tugas di medan tempur seperti ground support termasuk untuk misi-misi serangan udara-ke-darat, taktikal, close air support (CAS) dan counter-insurgency (COIN).

 Pesawat dua enjin itu juga boleh dilengkapkan dengan peluru-peluru pintar (precision guided munitions –PGM).

 Selain itu, varian M-346FA itu dibangunkan untuk memberikan latihan kepada juruterbang, pertempuran udara, penguatkuasaan dan kawalan ruang udara serta pemantauan taktikal.

M-346FA
Radar Grifo

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ia juga dilengkapi dengan empat saluran sistem “fly-by-wire flight control” yang meningkatkan  keselamatan penerbangan serta reliabiliti misi-misi yang dilaksanakan.

Untuk enjin pesawat pula, ia dijana oleh dua enjin turbofan Honeywell F124-GA-200 yang memberikan kuasa tujahan sebanyak 2,850kg setiap satu.

Menggunakan internal fuel tanks, pesawat boleh beroperasi selama dua jam dan 40 minit, tetapi masa operasi boleh dipanjangkan lagi kepada empat jam sekiranya ia menggunakan tiga buah external fuel tanks setiap satunya mengandungi 630 liter minyak.

M-346FA

 Kalau nak lama lagi dan terbang lagi jauh, pesawat M-346FA ini berkemampuan melakukan air-to-air refuelling, salah satu spesifikasi yang digariskan oleh TUDM.

Pesawat M-346FA Leonardo ini menggunakan radar Grifo yang banyak digunakan oleh pesawat-pesawat lain di pasaran.

Ia juga dilengkapi dengan tujuh pylon bagi membolehkannya membawa pelbagai jenis senjata termasuk peluru berpandu udara-ke-udara Iris-T dan  AIM-9L, small diameter bomb,  JDAM  (Joint Direct Attack Munitions) pelbagai saiz, Paveway dan bom-bom biasa. — DSA

Comments
Loading...