Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Di Mana Presiden Xi Jinping? Spekulasi “Rampasan Kuasa” Di China

Spekulasi dan khabar-khabar angin tentang "nasib" Presiden China Xi Jinping berlaku ketika Parti Komunis China bakal menganjurkan kongresnya kebangsaannya pada pertengahan bulan depan yang akan mengesahkan penggal ketiga pemerintahan Presiden China yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

0 3,376

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam beberapa hari ini, media-media sosial terutamanya Twitter “kecoh” dengan spekulasi dan dakwaan tanpa sebarang bukti bahawa Presiden China Xi Jinping telah digulingkan ketika beliau berada di Samarkhand, Uzbekistan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Shanghai Cooperation Organisation (SCO) pada 15 dan Sept lepas.

Pada ketika ini, tiada media utama dunia melaporkan tentang spekulasi berkenaan masa depan Xi itu, dengan Kementerian Luar China turut “senyap” tanpa memberikan sebarang komen tentang spekulasi itu.

Apa yang admin dapati adalah media-media India adalah pihak yang paling aktif melaporkan tentang spekulasi “penggulingan” Presiden China, manakala media China pula hanya mendiamkan diri.

Xi

Laman-laman web di negara Komunis itu mendakwa spekulasi media sosial itu adalah tidak berasas dan ia hanyalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Presiden China itu.

Dakwaan juga mengatakan bahawa Presiden Xi telah digulingkan oleh pemimpin-pemimpin kanan PLA dan juga juga tidak lagi memegang jawatan tertinggi di dalam Angkatan Tentera China (PLA).

Bagaimanapun terdapat juga laporan yang menjelaskan bahawa “kehilangan” Presiden Xi itu adalah kerana beliau terpaksa menjalani kuarantin wajib selepas pulang daripada Uzbekistan sebagai sebahagian daripada peraturan COVID-19 China.

China mengamalkan peraturan “Zero COVID Policy” yang amat ketat.

Mereka meramalkan bahawa Presiden Xi akan membuat kemunculan dikhalayak ramai di dalam beberapa hari akan datang ini selepas beliau menamatkan proses kuarantin wajib COVID-19 sekembalinya daripada Uzbekistan.

Xi

Spekulasi dan khabar-khabar angin tentang nasib Xi Jinping itu berlaku ketika Parti Komunis China bakal menganjurkan kongresnya kebangsaannya pada pertengahan bulan depan yang akan mengesahkan penggal ketiga Presiden China yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Satu penggal mengambil masa selama lima tahun dan Xi merupakan pemimpin China pertama yang menjawat jawatan itu selama tiga penggal.

Awal bulan ini, dua bekas menteri China dijatuhkan hukuman mati kerana rasuah yang media-media kerajaan negara itu mengatakan ia adalah sebahagian daripada usaha membanteras jenayah itu oleh kerajaan pimpinan Xi.

Xi

Bagaimanapun terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa ia merupakan sebahagian daripada menghapuskan mereka yang tidak “sebulu” dengan Presiden China itu.

Menurut maklumat-maklumat yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan mendakwa bahawa Xi berlepas pulang ke China sehari sebelum berakhirnya Sidang Kemuncak SCO dan dikenakan tahanan dalam rumah (house arrest) setibanya di Beijing pada 16 Sept.

Laporan-laporan di dalam Twitter juga mendakwa sehingga 6,000 penerbangan domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa telah dibatalkan tanpa sebarang sebab oleh pihak berkuasa penerbangan negara itu.

Terdapat juga dakwaan yang memetik penduduk China bahawa mereka melihat konvoi kenderaan tentera yang panjang dilihat menuju ke Beijing pada 22 Sept yang lalu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Mereka mendakwa konvoi kenderaan tentera menuju ke Beijing itu adalah sepanjang 80km.  

Walauapapun, memandangkan penyaluran maklumat di China dikawal ketat oleh pihak berkuasa, maka terdapat kemungkinan juga bahawa pihak-pihak luar negara itu tidak akan mengetahui nasib sebenar yang menerima Presiden China itu sekiranya dakwaan berlakunya rampasan tentera itu benar-benar berlaku.

Kita tunggu sahaja sama ada Presiden Xi Jinping akan membuat “kemunculan” dalam beberapa hari dan minggu ini. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...