Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Program LMS Batch 2 TLDM Tarik Minat Sembilan Syarikat – Tok Mat

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tender telah dibuka dahulu dan sembilan buah syarikat telah membuat pembidaan dan penilaian telah dilakukan jawatankuasa oleh TLDM sendiri serta Kementerian Pertahanan.

0 4,927

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak sembilan buah syarikat telah tampil menawarkan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) mereka untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk program perolehan kapal LMS Batch 2.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tender telah dibuka dahulu dan sembilan buah syarikat telah membuat pembidaan dan penilaian telah dilakukan jawatankuasa oleh TLDM sendiri serta Kementerian Pertahanan.

Kajian pasaran telah dilakukan terhadap kapal-kapal yang dihasilkan oleh sembilan buah negara itu.

“Apabila TLDM telah menilai (kapal-kapal pembida) dan mengetahui model serta spesifikasi mana yang mereka mahu dan daya kombatannya, maka kita akan memulakan rundingan secara G-to-G (kerajaan-dengan-kerajaan),” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai “Tok Mat”, akan mengadakan Memorandum Persefahaman dengan negara yang menghasilkan kapal LMS pilihan TLDM itu.

LMS Batch 2
Model kapal HD-2000 Littoral Mission Ship oleh syarikat Hyundai Heavy Industries.
Ada
Korvet kelas-Ada oleh STM

 

Beliau juga berkata bahawa kesemua kriteria dan spesifikasi kapal-kapal LMS Batch 2 itu ditentukan oleh end-user atau TLDM itu sendiri.

Walaupun Turkiye dikatakan adalah calon pilihan untuk memenangi kontrak perolehan kapal-kapal LMS Batch 2 Malaysia, namun pada LIMA ’23 yang berlangsung Mei lepas, beberapa syarikat antarabangsa telah tampil menawarkan kapal-kapal mereka untuk memenuhi keperluan TLDM.

TLDM dikatakan bercadang memperolehi tiga buah kapal LMS Batch 2 pada tahun ini dan lima buah pada Rancangan Malaysia yang seterusnya.

Antaranya syarikat antarabangsa yang tampil menawarkan kapal mereka adalah Hyundai Heavy Industries (HHI) daripada Korea Selatan yang telah menampilkan model HDC-2000 Littoral Mission Ship.

Rekabentuk HDC-2000 itu dikatakan hanya siap pada tahun lepas dan ia adalah berdasarkan kepada kapal friget kelas-Jose Rizal seberat 2,600 tan milik Tentera Laut Filipina.

Dengan berat 2,000 tan, panjang 95 meter, kapal LMS HDC-2000 mampu mencapai kelajuan 25 knot dengan radius operasi sejauh 4,000 batu nautika dan 72 orang anak kapal.

LMS Batch 2
Rekabentuk 92M Corvette oleh Abu Dhabi ShipBuilding untuk program LMS Batch 2 TLDM
LMS
Damen 1800

 

Ia boleh dilengkakan dengan dua pelancar sistem peluru berpandu anti-kapal, lapan sel Vertical Launching System (VLC) bagi peluru berpandu anti-pesawat, torpedo, meriam utama dan Close-In Weapon System (CIWS).

Syarikat pembuat kapal terkenal Itali, Fincantieri pula menampilkan rekabentuk daripada keluarga “FCX” untuk program LMS Batch 2 TLDM dengan rekabentuk “FCX15” dicadangkan untuk memenuhi keperluan Malaysia.

Rekabentuk “FCX15” adalah berdasarkan kepada kapal kelas-Sirio dan kelas- Comandanti Tentera Laut Itali  serta kelas-Abu Dhabi  untuk Tentera Laut UAE.

Panjang keseluruhan kapal LMS berdasarkan kepada rekabentuk FCX15 adalah 88 meter dengan berat keseluruhan 1,500 tan dan berkemampuan mencapai kelajuan 28 knot dengan radius operasi 4,000 batu nautika pada kelajuan kruis 14 knot.

Fincantieri menyifatkan rekabentuk FCX15 sebagai rekabentuk paling bersesuaian untuk memenuhi keperluan program LMS Batch 2 TLDM.

Sementara itu,syarikat Abu Dhabi ShipBuilding (ADSB) yang merupakan sebahagian daripada gergasi pertahanan darpada Emiriah iaitu Kumpulan EDGE pula telah menampilkan rekabentuk 92M Corvette untuk program LMS Batch 2 TLDM.

Turkiye
Kapal korvet C92 yang dibangunkan oleh Dearsan Shipyard daripada Turkiye.

 

Walaupun mensasarkan kontrak LMS Batch 2 TLDM itu, tetapi rekabentuk 92M Corvette itu juga adalah untuk memenuhi pasaran bagi kapal-kapal korvet dan friget ringan di seluruh dunia.

Dengan panjang 92 meter, kapal perang rekaan ADSB itu memiliki berat keseluruhan 2,000 tan serta berkelajuan 28 knot dan berkemampuan melaksanakan misi-misi peperangan permukaan, pertahanan udara dan juga peperangan elektronik.

Untuk sistem persenjataannya, ia boleh dilengkapi dengan meriam utama sama ada 57mm atau 76mm dan sistem pertahanan udara MBDA VL MICA atau LIG NEX1 M-SAM serta lapan pelancar untuk peluru berpandu kapal-ke-kapal.

Untuk Combat Management System (CMS) pula, kapal 92M Corvette juga boleh dilengkapi dengan sistem ATHENA oleh Leonardo atau TACTICOS oleh Thales yang turut digunakan oleh kapal-kapal perang TLDM. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...