(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara telah mendedahkan peluru berpandu balistik antara benua atau Inter Continental Ballistic Missile (ICBM) yang paling besar pernah dilihat dunia dalam perbarisan tentera sempena ulangtahun ke-75 Parti Pekerja negara itu semalam.
Peluru berpandu ICBM itu dibawa oleh kenderaan pelancar 11×2 tayar (bersamaan 22 tayar keseluruhannya) pada perarakan yang diadakan di ibu negara Korea Utara, Pyongyang.
Pemimpin ulung Korea Utara, Kim Jong-un turut hadir melihat perarakan tentera itu.
Sehingga kini, penganalisis barat masih menggaru kepala memikirkan tentang peluru berpandu ICBM terbaru yang dipaparkan oleh Korea Utara, bagaimanapun mereka meneka ia mungkin adalah versi terbaru peluru berpandu “Hwasong-15” yang dilancarkan dalam satu latihan pada 2017.
Ketika dilancarkan pada 2017 itu, Korea Utara mendakwa “Hwasong-15” mampu mengenai mana-mana sasaran di Amerika Syarikat.
Regim Kim Jong-un telah menyatakan ia akan meningkatkan teknologi dan kemampuan peluru berpandunya walaupun negara ini mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Peluru berpandu ICBM yang dipertonton buat pertama kali semalam adalah lebih besar berbanding “Hwasong-15” dan berkemungkinan ia akan perlu lagi jauh serta membawa lebih banyak peledak nuclear berbanding versi sebelumnya.
Rakaman perarakan semalam yang menunjukkan peluru berpandu ICBM Korea Utara terbaru. (sumber Twitter)
MIRV atau “Multiple Independent Reentry Vehicle” merupakan peledak nuklear yang mampu membedil sasaran secara sendiri.
Satu ICBM boleh membawa beberapa kepala peledak membolehkan ia membedil beberapa sasaran secara serentak.
Comments are closed.