Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Beri Percuma Sistem MLRS “Kooryong” Pada Filipina

Pemberian sistem roket berganda milik Korea Selatan itu kepada Filipina membuktikan hubungan pertahanan yang rapat di antara kedua-dua negara, dengan Manila merupakan antara pelanggan utama sistem pertahanan Korea Selatan.

4,329

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan dikatakan akan memberikan secara percuma kepada Filipina 22 buah unit Sistem Pelancar Roket Berganda (Multiple Launch Rocket System – MLRS) jenis “K136 Kooryong” 130mm.

Kesemua sistem roket MLRS “Kooryong” itu akan digunakan oleh Tentera Darat Filipina dan Kor Marin negara itu.

Walaupun diberikan secara percuma, tetapi Filipina perlu mengeluarkan modal untuk membawa pulang sistem itu beserta roket-roketnya ke negara Asia Tenggara terbabit selain membina kemudahan penyimpanannya.

Kooryong
“Kooryong”

 

Selain itu Filipina juga perlu mengeluarkan kos untuk melatih anggota tenternya dalam mengendalikan sistem roket “Kooryong” itu serta sebarang kos untuk membaikpulih sistem itu.

Filipina dijangka menerima kesemua sistem roket itu pada June ini.

Sistem roket berganda K136 Kooryong mula digunakan oleh Tentera Korea Selatan pada tahun 1986, dengan setiap satu pelancar adalah terdiri daripada 36 tiub roket berkaliber 130mm.

Setiap roket dilengkapi dengan peledak High Explosive (HE) dan pre-fragmented HE yang mengandungi 16,000 bebola besi untuk kemusnahan maksimum terhadap kedudukan musuh sama ada kubu-kubu pertahanan atau anggota tentera itu sendiri.

Kooryong

Roket-roket daripada sistem “Kooryong” itu berkemampuan membedil sasaran musuh sejauh di antara 22km hingga 36km sekiranya ia menggunakan varian roket ER (Extended Range).

Di Korea Selatan, sistem roket berganda itu dibawa oleh kenderaan 6×6.

Pemberian sistem roket berganda milik Korea Selatan itu kepada Filipina membuktikan hubungan pertahanan yang rapat di antara kedua-dua negara.

Filipina merupakan di antara pelanggan utama sistem pertahanan buatan firma Korea Selatan di Asia Tenggara daripada pesawat pejuang kepada kapal-kapal perang. 

Chunmoo
“”Chunmoo”

 

Negara Asia Timur itu telah membina kira-kira 150 buah sistem roket berganda “Kooryong” itu yang masih lagi berkhidmat dengan Tentera Korea Selatan sehingga kini.

Bagaimanapun Korea Selatan sedang didalam proses menamatkan khidmat sistem roket berganda “Kooryong” dengan sistem roket berganda lebih moden iaitu “K239 Chunmoo”.

Chunmoo

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sistem roket berganda “Chunmoo” itu boleh melancarkan roket pelbagai kaliber sama ada guided dan unguided daripada 130mm, 227mm dan 230mm untuk jarak daripada 20km kepada 80km.

Kegunaan utama sistem roket berganda “Chunmoo” adalah untuk suppress sistem artilleri tentera Korea Utara selain memusnahkan kubu-kubu serta infrastruktur pihak lawan seperti jambatan dan lain-lain lagi. — DSA

Comments are closed.