Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Berusia 40 Tahun, KD Mahawangsa Tiba Di Beirut Selepas 34 Hari Pelayaran

Menurut kenyataan oleh media sosial TLDM  hari ini,  KD MAHAWANGSA telah selamat tiba di Beirut setelah 34 hari berlayar di lautan daripada Pangkalan TLDM di Lumut. Tujuan utama KD MAHAWANGSA adalah untuk melaksanakan pelayaran International Fleet Review di Cox's Bazar, Bangladesh dan Misi Ulang Bekal MALBATT 850-10 ke Beirut, Lubnan.

0 3,653

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Walaupun berusia 40 tahun, namun kapal multi-role support ship (MRSS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia KD MAHAWANGSA masih berkemampuan mengharungi pelayaran sejauh ribuan batu nautika dalam keadaan lautan bergelora untuk tiba di Beirut, Lubnan.

Ia juga membuktikan kemampuan TLDM dalam menyelenggara kapal yang sudah berusia untuk memastikan ia menjalankan tugas dengan berkesan.

Menurut kenyataan oleh media sosial TLDM  hari ini,  KD MAHAWANGSA telah selamat tiba di Beirut setelah 34 hari berlayar di lautan daripada Pangkalan TLDM di Lumut.

Ketibaan KD MAHAWANGSA diketuai oleh Pegawai Memerintah, Kepten Mohd Amin bin Mat Tahir TLDM telah disambut oleh Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman bin Hj Ramli dan Penasihat Kedutaan Malaysia di Lubnan, Encik Al Izaini bin Che Izhar.

Tujuan utama KD MAHAWANGSA adalah untuk melaksanakan pelayaran International Fleet Review di Cox’s Bazar, Bangladesh dan Misi Ulang Bekal MALBATT 850-10 ke Beirut, Lubnan.

KD Mahawangsa
(kredit TLDM)

 

Tambahan, kapal akan mengerjakan umrah di Makkah, Arab Saudi dan Cross-Op di Kochi, India.

Selain itu, Krew KD MAHAWANGSA akan melaksanakan lawatan ke Kem Marakah disamping akan menjayakan Program Civil-Military Cooperation (CIMIC) bersama-sama warga Harimau 10 di Wadi Jilu Park pada 3 Januari 2023.

KD MAHAWANGSA memulakan pelayarannya pada 30 November tahun lepas.

Seramai 203 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan pergerakan ulang bekal pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) yang bertugas di bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) menggunakan kapal KD Mahawangsa itu.

Mereka terdiri daripada 18 pegawai, 169 anak kapal dan 16 petugas bantuan sokongan.

KD Mahawangsa
(kredit TLDM)

 

Penugasan itu turut melibatkan penerimaan aset tambahan iaitu enam buah trak tiga tan GS Cargo, dua buah trak satu tan ambulans serta barangan kegunaan aktiviti Civil Military Coordination (CIMIC). 

TLDM telah menyuarakan beberapa kali kepada kerajaan untuk memperolehi sekurang-kurangnya dua buah MRSS yang baru bagi menggantikan kapal-kapal MRSS sedia ada yang sudah berusia seperti KD Mahawangsa yang usianya telah mencecah 40 tahun.

Beberapa buah syarikat telah tampil untuk menawarkan kapal MRSS mereka kepada TLDM.

Syarikat-syarikat terbabit adalah, Mitsui Engineering and Shipbuilding (Mitsui E&S) daripada Jepun  yang menawarkan kapal MRSS seberat 13,000 tan dan berkeupayaan untuk membawa sehingga 500 anggota tentera lengkap bersenjata yang berkekuatan satu battalion.

Syarikat pembuat kapal China Shipbuilding and Offshore International Company (CSOC) yang menawarkan sebuah kapal yang direkabentuk seperti kapal Landing Helikopter Dock (LHD) dan  berkemampuan membawa sehingga satu battalion tentera marin.

MRSS
Kapal MRSS HDL-13000 yang dicadangkan oleh Hyundai Heavy Industries kepada TLDM.

 

Hyundai Heavy Industries (HHI) daripada Korea Selatan telah memperkenalkan rekabentuk kapal Multi Role Support Ship (MRSS) HDL-13000 kepada TLDM.

Kapal MRSS HDL-1300 oleh HHI itu mempunyai panjang 160 meter dan berat mencecah 13,000 tan.

Pada September 2021, bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis di Parlimen menyatakan bahawa kerajaan bercadang akan melakukan perolehan dua buah kapal MRSS untuk TLDM bermula pada tahun 2024.

Ia adalah untuk memenuhi keperluan operasi ATM menerusi kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

 

Comments
Loading...