Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hyundai Tawar Kapal MRSS 13,000 Tan Kepada TLDM

Kapal Multi Role Support Ship (MRSS) HDL-1300 oleh Hyundai Heavt Industries itu mempunyai panjang keseluruhan 160 meter dengan berat mencecah 13,000 tan.

0 13,470

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada pameran DSA 2022 yang berakhir minggu lepas, syarikat Hyundai Heavy Industries (HHI) daripada Korea Selatan telah memperkenalkan rekabentuk kapal Multi Role Support Ship (MRSS) HDL-13000 yang dicadangkan untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebagaimana yang kita tahu, TLDM sememangnya sudah lama mengidamkan kapal MRSS untuk memenuhi keperluan operasinya.

Kapal MRSS HDL-1300 oleh HHI itu mempunyai panjang 160 meter dan berat mencecah 13,000 tan.

MRSS
Model kapal MRSS oleh syarikat Hyundai Heavy Industries yang dipamerkan pada DSA 2022 baru-baru ini. (Naval News)

 

Fungsi utama kapal MRSS buatan syarikat Korea Selatan ini adalah bantuan lojistik dan operasi Humanitarian and Disaster Relief (HADR) atau kemanusian, selain melaksanakan misi-misi amfibia.

Untuk melaksanakan misi-misi amfibia, kapal MRSS rekaan HHI ini berkemampuan membawa sehingga 16 buah kereta kebal utama, enam buah kereta perisai pelbagai guna serta ratusan anggota tentera yang lengkap bersenjata.

Manakala di dek penerbangan kapal MRSS itu pula, ia boleh menempatkan tiga buah helikopter H225M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menyokong operasi kapal terbabit.

MRSS

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

TLDM mempunyai keperluan bagi tiga buah kapal MRSS tetapi perolehan kapal-kapal ini telah tertangguh beberapa kali atau beberapa sebab terutamanya kekurangan peruntukan.

Selain HHI yang berminat untuk memenuhi keperluan TLDM bagi kapal MRSS, beberapa syarikat lain turut telah menyatakan hasrat mereka untuk membekalkan kapal yang sama kepada TLDM termasuk PT Pal daripada negara jiran, Indonesia, Damen dari Belanda, Naval Group dari Perancis, CSOC dari China, Mitsui dari Jepun dan TAIS dari Turki. — DSA

MRSS
Model kapal MRSS oleh TAIS dari Turki yang dicadangkan kepada TLDM
Comments
Loading...