Mengapa Lapangan Gas Kasawari Milik Petronas Jadi Sasaran China?
Kapal-kapal pengawal pantai China termasuk kapal seberat 12,000 tan digelar "The Monster" “mensasarkan” projek pembangunan Lapangan Gas Kasawari, yang merupakan lapangan gas luar pantai yang sedang dibangunkan oleh syarikat minyak kebangsaan Malaysia di dalam kawasan perairan ZEE negara di Laut China Selatan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kehadiran berterusan kapal-kapal pengawal pantai China di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara di luar pantai Sarawak, sememangnya didorong oleh projek pembangunan lapangan gas mega bernilai berbilion-bilion Ringgit yang sedang dilaksanakan oleh syarikat minyak kebangsaan, Petronas.
Kapal-kapal pengawal pantai China termasuk kapal seberat 12,000 tan digelar “The Monster” “mensasarkan” projek pembangunan Lapangan Gas Kasawari, yang merupakan lapangan gas mega luar pantai yang sedang dibangunkan oleh syarikat minyak kebangsaan Malaysia di dalam kawasan perairan ZEE negara di Laut China Selatan.
Petronas Carigali, anak syarikat penuh Petronas merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan dan adalah operator Lapangan Gas Kasawari itu.

Ditemui pada Novermber 2011, Lapangan Gas Kasawari itu dianggar menyimpan sebanyak tiga trillion kaki padu (Trillion Cubic Feet –TCF) sumber gas asli yang boleh diekstrak, diproses dan dikomersial.
Penemuan Lapangan Gas Kasawari oleh Petronas itu hanya mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai antara negara pengeksport gas asli dibekukan (Liquified Natural Gas – LNG) terbesar dunia.
Dijangka mula beroperasi pada tahun ini, lapangan gas mega itu bakal menghasilkan sehingga 900 juta kaki padu gas setiap hari dan 3.5 juta tong kondensat setiap hari.
Gas yang diekstrak daripada Lapangan Gas Kasawari itu akan dihantar menggunakan paip untuk diproses di Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak.
Kompleks LNG Petronas di Bintulu itu terdiri daripada sembilan keretapi produksi (production trains) dengan kapasiti keseluruhan mencecah 29.3 juta tan setahun (million tonnes per annum –Mtpa).
Ia adalah di antara kemudahan produksi LNG terbesar di dunia.

Lapangan Gas Kasawari terletak di Laut China Selatan di luar pantai Sarawak di Malaysia. Lapangan gas itu terletak di perairan dengan kedalaman airnya mencecah 108 meter di dalam Blok SK316 kira-kira 200km di utara Bintulu, Sarawak.
Comments are closed.