Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Negara Eksport Pertama Bagi Sistem ATGW “KARAOK” Buatan Roketsan Turkiye

Malaysia merupakan negara eksport pertama yang memilih sistem peluru berpandu anti-kereta jarak sederhana fire and forget “KARAOK” keluaran Roketsan daripada Turkiye untuk angkatan tenteranya bagi menggantikan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “Metis-M” (AT-13 Saxhorn) buatan Russia yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia sejak 20 tahun lalu.

0 7,921

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Malaysia disahkan telah memilih sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” buatan syarikat Roketsan daripada Turkiye untuk memenuhi keperluan Tentera Darat bagi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana.

Perkara itu disahkan oleh pengurus besar syarikat Ketech Asia, yang merupakan rakan tempatan kepada syarikat Roketsan kepada media pertahanan antarabangsa, Janes baru-baru ini.

Perjanjian perolehan di antara Kementerian Pertahanan Malaysisa dengan Roketsan telah pun ditandatangi dan Malaysia akan memperolehi 18 unit pelancar sistem itu dengan dijangkakan lebih daripada 100 buah peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” itu dipesan.

Malaysia merupakan negara eksport pertama yang memilih sistem peluru berpandu anti-kereta jarak sederhana “KARAOK” keluaran Roketsan daripada Turkiye untuk angkatan tenteranya.

“KARAOK” akan menggantikan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “Metis-M” (AT-13 Saxhorn) buatan Russia yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia sejak 20 tahun lalu.

Karaok
“Karaok”

 

Tentera Darat Malaysia memperolehi kira-kira 24 buah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Metis-M”  bersama-sama lebih daripada 100 buah peluru berpandu untuk kegunaan unit-unitnya menggunakan kenderaan G-Wagon pada 2001.

Pada September lalu, Defence Security Asia telah melaporkan bahawa sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “ KARAOK” dibangunkan oleh syarikat Turkiye itu sah menjadi pilihan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk menggantikan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Metis-M” buatan Russia yang digunakan sebelum ini.

Pemilihan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal daripada Turkiye itu menyusuli tender Kementerian Pertahanan Malaysia yang diiklankan pada Mac lalu untuk memperolehi 18 buah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana.

Tender itu juga termasuk simulator dalaman, simulator luaran dan pelbagai peralatan ujian.

Sistem man-portable “KARAOK” ini dikatakan hampir menyamai sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” buatan Amerika Syarikat.Karaok

Fasa pertama perolehan “KARAOK” hanya 18 unit pelancar, dengan perolehan setiap pelancar disusuli dengan perolehan enam butir peluru berpandu sistem itu.

Mengenai spesifikasi teknikal peluru berpandu anti-kereta kebal keluaran Roketsan itu, “KARAOK” adalah adalah sistem mudah alih (portable) yang berkesan untuk digunakan pada waktu siang dan malam dengan kelengkapan Imaging Infrared Seeker.

Ia mempunyai kaliber 125mm dan berkeupayaan membedil sasaran sejauh 2.5km secara “Fire and Forget.”

Peluru berpandu anti-kereta kebal buatan syarikat Turkiye itu menggunakan kaedah serangan secara langsung (direct attack) atau serangan bahagian atas (Top Attack) kereta kebal yang mempunyai ketebalan armor paling tipis.

Kaedah “Top Attack” itu memastikan “KARAOK” berkemampuan memusnahkan hampir kesemua kereta kebal utama yang beroperasi pada ketika ini.

Karaok

Selain Top Attack, peluru berpandu bagi sistem “KARAOK” itu yang dilengkapi dengan kepala peledak “armour piercing tandem”, juga berkemampuan membedil sasaran secara Direct Attack.

Komponen bagi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak sederhana “KARAOK” itu terdiri daripada Command Launch Unit (CLU) yang boleh dipakai berulang-kali sama seperti sistem Javelin dan peluru berpandunya.

Selain Tentera Darat Malaysia, sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak dekat “KARAOK” turut digunakan oleh Angkatan Tentera Turkiye. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...