Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal TLDM, KD Keris “Shadow” Kapal Pengawal Pantai China Di Gugusan Beting Patinggi Ali

Bagaimanapun kehadiran kapal pengawal pantai China di Gugusan Patinggi Ali diawasi oleh kapal Littoral Mission Ship (LMS) TLDM yang dibeli daripada China iaitu KD Keris yang hanya ditauliahkan pada Januari tahun lepas.

4,708

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sejak 20 April lepas, China telah mengerahkan sebuah kapal pengawal pantainya “Haijing 5204” ke Gugusan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) yang terletak di perairan Sarawak.

Bagaimanapun kehadiran kapal pengawal pantai China di Gugusan Patinggi Ali diawasi oleh kapal Littoral Mission Ship (LMS) TLDM yang dibeli daripada China iaitu KD Keris yang hanya ditauliahkan pada Januari tahun lepas.

Kehadiran kedua-dua kapal itu dicatat oleh sistem Automatic Identification System(AIS).

Daripada imej AIS yang dibekalkan oleh @zacharyhaver dalam ciapan akaun Twitternya menunjukkan kedua-dua kapal itu beroperasi dalam kedudukan yang hampir yang di antara satu sama lain sejak 20 April lepas.

Drama “shadow” di Gugusan Beting Patinggi Ali.

AIS
(Imej kredit @zacharyhaver

 

Kehadiran kapal pengawal pantai China berhampiran Gugusan Beting Patinggi Ali bukan perkara baru kerana ia telah berlaku sejak beberapa tahun lepas memandangan negara itu menganggap terumbu karang itu adalah wilayah paling selatanya (southernmost territory).

Selain kaya dengan sumber perikanan untuk negara, perairan sekitar Gugusan Beting Patinggi Ali itu juga kaya dengan sumber minyak dan gas.

Pada Mac lepas, PETRONAS mengumumkan penemuan minyak dan gas baru di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), yang terletak di perairan cetek wilayah Balingian iaitu 237 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.

AIS
(Imej kredit @zacharyhaver

 

Pada Februari, PETRONAS mengesahkan penemuan “luar biasa” lapangan gas baru di luar pantai Sarawak di Lang Lebah-2, Blok SK410B (PSC) yang terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 80 kilometer dari Sarawak.

Kedua-dua penemuan minyak dan gas itu tidak jauh daripada Gugusan Beting Patinggi Ali.

Gugusan Beting Patinggi Ali yang juga dikenali sebagai South Luconia Shoals merangkumi Luconia Breakers atau Hempasan Bantin, Richmond Reef (Terumbu Balingian), Comus Reef (Beting Merpati) dan Connel Reef (Terumbu Dato Talip).

Terumbu lain di gugusan ini ialah Stigant Reef (Terumbu Sahap) dan Herald Reef (Terumbu Saji).

Gugusan Terumbu Raja Jarum atau North Luconia Shoals mengandungi Tripp Reef (Terumbu Lintong), Buck Reef (Terumbu Linggir) dan Aitken Reef (Terumbu Dato Landih).

Terumbu lain ialah Hardie Reef (Terumbu Asun), Hayes Reef (Terumbu Lang Ngindang), Moody Reef (Terumbu Permaisuri), Friendship Shoal (Beting Rentap) dan Seahorse Breakers (Hempasan Dang Ajar).

Ia terletak 80 batu nautika atau 107 kilometer dari Tanjung Baram, di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Bagi negara yang berpantai seperti Malaysia, ia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika jaraknya.

AIS
Jarak antara tanah besar China dengan Gugusan Beting Patinggi Ali. (Imej kredit @zacharyhaver)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments are closed.