Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Perang Russia Tinggalkan Havana Selepas Lima Hari, Terus Diekori Pesawat Dan Kapal Amerika

Sebaik sahaja meninggalkan perairan milik Cuba, Amerika Syarikat telah mengerahkan sekurang-kurangnya dua buah pesawat peronda maritim dan peperangan anti-kapal selam (ASW) P-8 Poseidon untuk memantau pergerakan kumpulan kapal-kapal tentera laut Russia itu, termasuk kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan.”

0 7,320

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas lima hari berada di Cuba, kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan” dan kapal friget “Admiral Gorshkov” bersama-sama dua buah kapal Tentera Laut Russia yang lain meninggalkan negara Kepulauan Carribean itu.

Kunjungan “Kazan”, “Admiral Gorshkov” ke Cuba bersama-sama kapal bekalan bahan api “Pashin” dan kapal tunda penyelamat (rescue tug boat) “Chiker” telah menggusarkan Amerika Syarikat, walaupun pada mulanya ia menyatakan kunjungan itu tidak memberikan kesan keselamatan terhadapnya.

“Pada hari ini, sekumpulan kapal Armada Utara diketuai kapal friget Admiral Gorshkov telah menyelesaikan lawatan tidak rasminya dan meninggalkan pelabuhan Havana di Republik Cuba,” pejabat media Russia menyatakannya dalam satu kenyataan.

Ia berkata, sebaik sahaja meninggalkan perairan milik Cuba, kumpulan kapal tentera laut Armada Utara Russia akan meneruskan untuk melaksanakan misinya selari dengan pelan kerahan jarak jauhnya.

Sementara itu, sebaik sahaja meninggalkan perairan milik Cuba, Amerika Syarikat telah mengerahkan sekurang-kurangnya dua buah pesawat peronda maritim dan peperangan anti-kapal selam (ASW) P-8 Poseidon untuk memantau pergerakan kumpulan kapal-kapal tentera laut Russia itu, termasuk kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan.”

Poseidon
Pesawat P-8 Poseidon

 

Selain dua buah pesawat peronda maritim P-8 Poseidon, pihak berkuasa Amerika Syarikat dilaporkan turut menghantar kapal-kapal destroyer miliknya darpada kelas-Arleigh Burke serta sebuah kapal pengawal pantai Kanada.

Selain Tentera Laut Amerika Syarikat, Tentera Laut Kanada turut menghantar sebuah kapal perangnya untuk memantau (shadow) kumpulan kapal Tentera Laut Russia itu ketika ia belayar di kawasan perairan berhampiran negara Amerika Utara itu.

Lima hari lalu, ketika kumpulan kapal-kapal Tentera Laut Russia sedang belayar menuju ke Cuba, Amerika Syarikat juga mengerah kapal-kapal perang dan pesawat peronda maritim dalam usahanya untuk “shadow” kumpulan kapal-kapal Russia itu terutamanya kapal selam kelas-Yasen “Kazan.”

Pemerhati Open Source Intelligence (OSINT) dan data-data daripada aplikasi penjejakan penerbangan/pelayaran menunjukkan aset-aset laut dan udara Amerika serta Kanada menunjukkan mereka sedang “shadow” dan mengekori aset-aset tentera Russia itu.

Russia
“Admiral Grorshkov” ketika di Cuba

 

Turut sama dalam aktiviti “shadow”kapal-kapal perang Russia ketika mereka sedang menuju ke  Cuba itu adalah sebuah kapal pengawal pantai Amerika Syarikat CG Stone, dua buah kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat USS Truxtun dan USS Donald Cook serta sebuah kapal friget Tentera Laut Kanada HMCS Ville de Quebec.

Terdapat juga laporan mengatakan sebuah kapal friget kelas-La Fayette Tentera Laut Perancis terlibat dalam aktiviti “shadow” kapal-kapal perang Russia itu.

Tentera Amerika agak “gelabah” apabila kapal-kapal perang Russia itu terutamanya kapal selam nuklear-kelas Yasen “Kazan”  dan kapal friget “Admiral Gorshkov” dilaporkan berada hanya 66 batu (106km) daripada kawasan pesisir pantai Florida, Amerika Syarikat ketika ia sedang belayar ke Cuba.

Ketika belayar ke Cuba lima hari lepas itu, kapal-kapal Tentera Laut Russia termasuk sebuah kapal selam berkuasa nuklear sempat melakukan latihan serangan jarak jauh ketika berada tidak jauh daripada kawasan pesisir pantai Amerika Syarikat.

Russia

Florida
Kapal perang LaFayatte Perancis mengekori kapal perang Russia.

 

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Russia, kapal-kapal Tentera Laut Russia terbabit melaksanakan simulasi serangan jarak jauh terhadap sasaran tentera laut “musuh” yang terletak kira-kira 600km daripada kedudukannya.

Berdasarkan kedudukannya yang pada ketika itu berada di luar pantai Amerika Syarikat, simulasi serangan itu hampir pasti mensasarkan Amerika Syarikat atau aset-aset tentera lautnya.

Kapal friget “Admiral Gorshkov” dan kapal selam kelas-Yasen “Kazan” dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” yang bukan sahaja memiliki kelajuan Mach 10 tetapi juga berkeupayaan membedil sasaran sejauh lebih daripada 1,000km.

Selain peluru berpandu hypersonik “Tsirkon”, kedua-dua aset moden Russia itu juga dilengkapi dengan peluru berpandu kruis “Kalibr” dan “Oniks” yang boleh membedil sasaran-sasaran jarak jauh. — DSA

Comments
Loading...