Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pengebom, Pejuang Russia Ceroboh Sehingga 2.5KM Ke Dalam Ruang Udara Finland

Pada hari yang sama, pesawat-pesawat pengebom dan pejuang Russia turut bergerak aktif di bahagian-bahagian lain di Baltik yang berkongsi sempadan dengan laporan menyatakan penerbangan pesawat-pesawat pegebom strategic Tu-95MS dan Tu-95M3.

0 9,834

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 10 Jun lalu, beberapa pesawat pengebom dan pesawat pejuang Russia memasuki sehingga sejauh 2.5km ke dalam ruang udara Finland sebelum berpatah balik, dalam insiden yang menggambarkan peningkatan ketegangan di antara negara-negara anggota NATO terutamanya di Baltik dengan Russia yang berkongsi sempadan.

Insiden yang berlaku hampir dua minit itu berlaku tidak jauh daripada pekan Finland,Lovisaa yang terletak hanya 100km daripada ibu negaranya, Helsinki.

Pada hari yang sama, pesawat-pesawat pengebom dan pejuang Russia turut bergerak aktif di bahagian-bahagian lain di Baltik yang berkongsi sempadan dengan laporan menyatakan penerbangan pesawat-pesawat pegebom strategic Tu-95MS dan Tu-95M3.

Tupolev Tu-95 merupakan pesawat pengebom strategik dan berkeupayaan membawa peluru berpandu serta memiliki empat enjin yang direka dan dibangunkan oleh Kumpulan Tupolev semasa era Kesatuan Soviet.

 Lebih daripada 500 unit pesawat pengebom Tu-95 telah dihasilkan antara tahun 1952 hingga 1993, dan banyak daripadanya masih berada dalam perkhidmatan.Russia

Tentera Udara Russia (Russian Aerospace Forces) dijangka akan terus mengoperasikan Tu-95 mereka sehingga tahun 2040-an.

Selain daripada membawa bom nuklear, pesawat pengebom Tu-95 juga telah diadaptasi untuk melancarkan peluru berpandu kruis dan menjalankan rondaan maritim.

Penerbangan pesawat-pesawat pengebom strategik  itu telah diiringi oleh pesawat-pesawat pejuang Russia termasuk Su-30SM, Su-27 dan Su-33 yang melakukan penerbangan di Laut Barents,Laut Norway dan Laut Baltik.

Tindakan provokasi pesawat-pesawat pengebom dan pejuang Russia itu telah menyebabkan Russia mengerahkan pesawat-pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang berpangkalan di Jerman untuk memintas dua buah pesawat pejuang Su-27 dan juga pesawat perisik elektronik  IL-20 “Coot”.

Pesawat-pesawat kombat Russia itu dilaporkan terbang berhampiran dengan ruang udara negara anggota NATO di Baltik tanpa mengaktifkan transponder mereka dan tidak mengemukakan pelan penerbangan mereka terlebih dahulu.

Storm Shadow
Pesawat pengebom strategik Russia “Tu-95”

 

Kementerian Pertahanan Finland yang menyatakan pesawat-pesawat Russia itu telah memasuki ruang udaranya sejauh 2.5 km sebelum berpatah-balik.

Hanya selepas empat hari insiden itu berlaku, Kementerian Pertahanan Finland mendedahkan bahawa apa yang berlaku adalah lebih serius daripada apa yang disangkanya sebelum ini.

“Apabila siasatan berterusan dijalankan, adalah jelas bahawa sekurang-kurangnya tiga buah pesawat lain (milik Russia) telah terlibat dalam pencerobohan ini. Insiden itu telah dilakukan oleh sekumpulan empat buah pesawat (Russia) terdiri daripada buah pesawat pengebom dan dua pesawat pejuang,” kata pihak berkuasa Finland.

Kesemuanya tujuh buah pesawat kombat Russia teribat dalam insiden yang dianggap amat serius oleh pihak berkuasa Finland itu.

Hubungan di antara Russia dan sebelum itu, Kesatuan Soviet dengan Finland sememangnya “tidak berapa baik” sejak dahulu lagi dan keadaan bertambah buruk selepas negara Baltik itu menyertai NATO.

 

Selama lebih 600 tahun, Finland adalah sebahagian daripada Sweden sehinggalah ia diserahkan kepada Empayar Russia pada 1809.

Dibawah pemerintahan Russia, Finland diberikan status otonomi khas sehinggalah apabila Empayar Russia itu runtuh dan Komunis mengambilalih pada 1917 apabila Finland mencapai kemerdekaan.

Pada Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet menawan beberapa bahagian Finland termasuklah bandar kedua terbesarnya. — DSA

 

 

Comments
Loading...