Kapal Pengangkut Pesawat Sulung Turkiye Seberat 60,000 Tan, Bawa 50 Buah Pesawat Pejuang
Baru-baru ini Design Project Office (DPO) Istanbul Naval Shipyard yang bertanggungjawab terhadap usaha-usaha rekabentuk kapal pengangkut pesawat sulung Turkiye telah berkongsi maklumat-maklumat baru tentang kapal pengangkut pesawat pertama negara itu, yang akan merealisasi lagi hasrat Turkiye untuk menjadi kuasa maritim serantau.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada awal tahun ini, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan bahawa negara Mediterranean itu sudah memulakan usaha-usaha untuk membina kapal pengangkut pesawat, yang akan merealisasikan lagi hasratnya untuk menjadi kuasa maritim serantau.
Baru-baru ini Design Project Office (DPO) Istanbul Naval Shipyard yang bertanggungjawab terhadap usaha-usaha rekabentuk kapal pengangkut pesawat sulung Turkiye telah memaklumkan tentang maklumat-maklumat baru tentang kapal pengangkut pesawat pertama negara itu.
Menurutnya, pembinaan kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu akan dilakukan 100 peratus menerusi tenaga dan kepakaran dalam negara tanpa membabitkan sebarang bantuan daripada negara-negara luar.
Ia hanya membuktikan kemampuan teknologi dalam negara dalam melaksanakan projek-projek tentera laut yang besar.
Kapal pengangkut pesawat Turkiye ia dilaporkan akan dilengkapi dengan tiga landasan, dengan dua daripada landasan itu adalah untuk berlepas dan satu landasan untuk mendarat.
Pada permulaannya, ia tidak akan dilengkapi dengan sistem catapult dan sebaliknya DPO akan melengkapkan kapal pengangkut pesawat itu dengan sistem ramp yang modular.
Bagaimanapun pada jangkasama panjang, jurutera-jurutera Turkiye akan membangunkan sistem catapult tempatan yang akan menggantikan sistem modular ramp yang digunakan pada peringkat awal di kapal pengangkut pesawat Turkiye itu.
Mengenai bilangan pesawat-pesawat kombat yang akan dibawanya, maklumat yang diperolehi daripada DPO itu menyatakan bahawa kapal pengangkut pesawat sulung Turkiye itu akan membawa sehingga 50 buah pesawat kombat.
Sebanyak 20 buah daripada pesawat kombat itu akan diletakkan di bahagian dek manakala 30 buah yang lain akan ditempatkan di dalam hangar.
Antara pesawa-pesawat kombat yang bakal dibawa oleh kapal pengangkut pesawat itu adalah pesawat kombat ringan “Hurjet” dan pesawat pejuang tanpa pemandu “Anka-3” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).
Selain itu kapal pengangkut pesawat sulung Turkiye itu juga akan membawa pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma” dan dron bersenjata UCAV “Bayraktar TB-3” yang dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology.
Terdapat juga maklumat awal menyatakan pihak Turkiye bercadang membangunkan varian tentera laut pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” yang akhirnya akan berkhidmat di atas kapal pengangkut pesawat itu, tetapi maklumat masih diperingkat awal.
Bagaimanapun media-media pertahanan Turkiye telah pun menyatakan bahawa bilangan pesawat yang akan dibawa oleh kapal pengangkut pesawat negara itu akan bertambah selari dengan kemajuan projek pembinaannya.
Pada ketika ini, kapal pengangkut pesawat Turkiye itu akan dilengkapi dengan sistem MIDLAS 32-Cell VLS (Vertical Launching System) bagi tujuan pelancaran peluru berpandu pertahanan udara antaranya serta empat Gökdeniz Close-in Weapon Systems (CIWS) untuk pertahanan diri.
Mengenai spesifikasi teknikalnya pula, kapal pengangkut pesawat itu akan memiliki panjang keseluruhan 285 meter dan berat keseluruhannya pula dijangka mencecah 60,000 tan menjadikan ia kapal pengangkut pesawat bersaiz sederhana, sebagaimana kapal-kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince of Wales milik Britain.
Bagi kapal-kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat pula, beratnya mencecah sehingga 100,000 tan.
Kapal pengangkut pesawat Turkiye itu akan dilengkapi dengan enjin Combined Gas Turbine and Gas Turbine (COGAG) bagi membolehkan ia mencapai kelajuan 25 knots ketika belayar.
Selepas berjaya membangun dan mentauliahkan kapal pengangkut dronnya yang juga kapal perang terbesarnya TCG Anadolu, Turkiye kini memutuskan untuk memulakan aktiviti rekabentuk kapal pengangkut pesawatnya pula.
Sejak beberapa tahun lepas, Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan telah menyatakan impiannya supaya negara Mediterranen itu berusaha membina kapal pengangkut pesawat sendiri bagi memenuhi keperluan strategiknya di rantau itu.
Menurut laporan daripada media negara itu pada Januari lalu, keputusan untuk memulakan kerja-kerja rekabentuk kapal pengangkut pesawat tempatan itu diambil selepas Jawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan negara itu. — DSA
Comments are closed.