Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Friget FREMM Perancis “Bretagne” Lakukan Persinggahan di Kota Kinabalu

Sebagai sebahagian daripada kerahan jarak jauhnya bermula daripada April hingga Oktober tahun ini, sebuah kapal perang friget FREMM Tentera Laut Perancis daripada kelas-Aquitaine “Bretagne” (D655) telah singgah di Kota Kinabalu.

0 3,464
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagai sebahagian daripada kerahan jarak jauhnya bermula daripada April hingga Oktober tahun ini, sebuah kapal perang friget FREMM Tentera Laut Perancis daripada kelas-Aquitaine “Bretagne” (D655) telah singgah di Kota Kinabalu.
Sebelum singgah di Kota Kinabalu, kapal friget Tentera Laut Perancis itu telah singgah di Manila, Filipina.
Menurut akaun FB “France in Malaysia”,  Perancis amat berterima-kasih kepada Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas sambutan mesra mereka dan sokongan terhadap kunjungan kapal friget kelas-Aquitaine “Bretagne” di Kota Kinabalu.
“Persinggahan (kapal friget Bretagne) di Malaysia oleh kapal perang moden dan pelbagai fungsi membuktikan kerjasama pertingkat tertinggi di antara Malaysia dan Perancis.”
“Sejak 20 tahun lalu, kedua-dua tentera laut Perancis dan Malaysia telah membangunkan hubungan yang rapat, terutamanya melibatkan kemampuan kapal selam dan anti-kapal selam,” menurut akaun FB Kedutaan Perancis di Malaysia itu.
Bretagne
“Bretagne” (France in Malaysia)
Dipengerusikan bersama oleh Duta Perancis ke Malaysia Axel Cruau dan Pegawai Memerintah kapal friget “Bretagne” Kapten Audrey Boutteville, satu majlis makan tengahari rasmi telah diadakan di atas kapal perang itu dengan dihadiri pegawai-pegawai pihak berkuasa Malaysia pada 4 Sept yang lalu.
Pada sebelah malamnya pula, satu majlis resepsi telah diadakan dengan pegawai-pegawai TLDM telah dijemput di mana kedua-dua pihak Malaysia dan Perancis telah berinteraksi dan memperkukuhkan lagi kerjasama pertahanan.
Semasa ucapannya, duta Perancis ke Malaysia dan pegawai memerintah kapal friget “Bretagne” itu telah menggariskan tiga tunjang utama hubungan pertahanan kukuh di antara kedua-dua negara adalah berdasarkan kepada interaksi politik, aktiviti ketenteraan dan kerjasama di dalam bidang peralatan tentera.
Menurut mereka, kerjasama tentera laut adalah asas kepada kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
Kapal friget kelas-Aquitaine “Bretagne” itu adalah variant milik Tentera Laut Perancis daripada Frigate European Multi-Mission (FREMM).
Bretagne
“Bretagne” (France in Malaysia)

 

Kapal-kapal friget kelas-FREMM adalah kapal friget yang direkabentuk oleh firma DCNS daripada Perancis dan Fincantieri daripada Itali dalam program bersama untuk menggantikan kapal-kapal friget dan destroyer di dalam tentera laut kedua-dua negara.
Pada ketika ini Tentera Laut Perancis dikatakan memiliki lima buah kapal friget kelas-Aquitaine seperti “Bretagne” sedang berkhidmat, walaupun perancangan awalnya adalah untuk membina sebanyak 17 buah kapal friget kelas terbabit.
Kapal friget kelas-Aquitaine yang ditauliahkan kedalam perkhidmatan Tentera Laut Perancis pada 2019 itu memiliki berat 6,000 tan dan panjang 142 meter itu adalah kapal friget halimunan yang berkemampuan melaksanakan pelbagai misi.
Ia memiliki 108 krew, kelajuan 28 know dan jarak operasi sejauh 6,000 batu nautika. Ia boleh membawa sebuah helikopter anti-peperangan kapal selam NH-90.
Bretagne
“Bretagne”
Kapal friget kelas-Aquitaine dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan daripada meriam utama 76mm, peluru berpandu pertahanan udara ASTER 15 dan juga ASTER 30, peluru berpandu kruis dipanggil Missile de Croisière Naval (MdCN) atau dipanggil sebelum ini SCALP.
Selain itu, kapal perang itu juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal EXOCET MM40. — DSA
Comments
Loading...