Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Dagang Israel, “Hyperion Ray” Diserang Di Teluk Parsi, Iran Suspek Utama

Kapal dagang terbabit, Hyperion Ray dimiliki oleh syarikat Israel, Ray Shipping Co dipercayai membawa kenderaan.

0 2,196

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah lagi kapal dagang milik syarikat Israel rosak dipercayai akibat ledakan peluru berpandu yang dilancarkan oleh bot laju tentera Iran di perairan berhampiran dengan pelabuhan Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Kapal dagang terbabit, “Hyperion Ray” dimiliki oleh syarikat Israel, Ray Shipping Co dipercayai membawa kenderaan.

Hyperion Ray
Lokasi dimana kapal Hyperion Ray diserang.

 

Pada Februari lepas, sebuah lagi kapal milik syarikat yang sama, “Helios Ray” turut menjadi mangsa serangan peluru berpandu oleh bot laju tentera Iran.

Untuk makluman, syarikat Ray Shipping Co ini adalah milik billionair Israel, Rami Ungar, 74, yang juga merupakan kenalan rapat kepada Yossi Cohen yang merupakan ketua kepada agensi perisikan Israel, Mossad.

Kejadian serangan terhadap kapal dagang Israel di perairan Teluk Parsi berlaku selepas serangan sabotaj terhadap laju nuklear Iran di Natanz, yang dipercayai dilakukan oleh ejen-ejen saboteur yang dilatih oleh Israel.

Ejen-ejen saboteur Israel dipercayai telah meletakkan bahan letupan di stesen janakuasa yang membekalkan bekalan elektrik terhadap loji nuklear Natanz yang mempunyai ratusan centrifuges bagi memproses Uranium kepada tahap “weapon grade.”

Iran
Bot serang laju peluru berpandu milik tentera Iran dipercayai melakukan serangan terhadap kapal dagang Israel, Hyperion Ray.

 

Terdapat laporan mengatakan serangan sabotaj itu telah memusnahkan kira-kira 300 centrifuges yang memproses Uranium.

Adakah serangan terhadap kapal “Hyperion Ray” hari ini merupakan tindakan balas Iran terhadap apa yang berlaku di Natanz?

Serangan terhadap kapal Hyperion Ray juga berlaku kira-kira seminggu selepas serangan oleh unit komando Israel terhadap kapal milik Kor Pengawal Revolusi Iran iaitu “Saviz” ketika ia belayar di Laut Merah.

Walaupun dikenalpasti sebagai kapal dagang, tetapi menurut pemerhati pertahanan, “Saviz” sebenarnya adalah pangkalan hadapan (forward) base yang telah beroperasi di Laut Merah bagi membolehkan unit-unit komando Iran melakukan tugasan mengiring kapal-kapal negara itu.

Israel diberitakan mengaku kepada Amerika Syarikat bahawa ia bertanggungjawab terhadap serangan itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...