Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Varian KF-21 “Boramae” Untuk Operasi Kapal Pengangkut Pesawat

Pesawat generasi 4. 5 kebanggaan indusyri pertahanan Korea Selatan, KF-21 telah melakukan penerbangan sulungnya pada Jun lepas, selepas lapan tahun dibangunkan.Ia dijangka mengadakan lebih 2000 penerbangan ujian sebelum pesawat KF-21 itu memasuki fasa produksi bersiri. 

2,348

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Walaupun pesawat pejuang KF-21 “Boramae” masih belum beroperasi, tetapi syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) merancang untuk membangunkan varian untuk kegunaan kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) yang  dipanggil “KF-21N”.

Pesawat generasi 4. 5 KF-21 telah melakukan penerbangan sulungnya pada Julai lepas, selepas lapan tahun dibangunkan.

Ia dijangka mengadakan lebih 2000 penerbangan ujian sebelum pesawat KF-21 itu memasuki fasa produksi bersiri, dua tahun daripada sekarang.

KF-21
Varian KF-21N untuk operasi kapal pengangkut pesawat yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries.

 

Model skala varian kapal pengangkut pesawat,  KF-21N itu didedahkan oleh KAI pada pameran DX Korea yang berlangsung di Goyang pada 21 hingga 25 Sept yang lalu.

Bagaimanapun pembangunan varian pesawat KF-21N untuk operasi kapal pengangkut pesawat itu bergantung kepada keputusan kerajaan Korea Selatan sama ada akan meneruskan program pembangunan kapal pengangkut pesawat bersaiz sederhana untuk tentera laut negara itu.

Jikalau kerajaan Korea Selatan meneruskan program pembangunan kapal pengangkut pesawat dipanggil “CVX”, KAI berkata ia mampu membangunkan varian pesawat KF-21N untuk operasi kapal pengangkut pesawat di dalam tempoh beberapa tahun.

KF-21
Peluru berpandu Hypersonic yang akan dipasang pada pesawat KF-21N.

 

Menurut seorang pegawai KAI yang memberitahu portal pertahanan “Janes”, varian kapal pengangkut pesawat KF-21N itu memerlukan saiz sayap yang 20 peratus lebih besar berbanding KF-21 untuk memastikan keselamatan dan kestabilan apabila berlepas dan mendarat di atas kapal pengangkut pesawat. a

Dalam pada itu, pesawat KF-21N itu juga akan memerlukan pembangunan dan integrasi sistem catapult dan lain-lain perubahan struktur pada pesawat.

Model skala pesawat KF-21N yang dipamerkan pada DX Korea itu turut dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonic jarak jauh, yang dibangunkan oleh Agency for Defence Development (ADD) Korea Selatan.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bagaimanapun KAI enggan memberikan maklumat terperinci tentang peluru berpandu hypersonic yang sedang dibangunkan oleh ADD.

Menurut KAI, varian KF-21N akan dilengkapi dengan dua enjin General Electric F414 yang digunakan pada pesawat KF-21.

Pesawat KF-21N juga akan memiliki sayap yang boleh dilipatkan (folding wings) dan boleh digunakan sama ada untuk kapal-kapal pengangkut pesawat untuk metod STOBAR (Short Take Off But Arrested Recovery) atau CATOBAR (Catapult Assisted Take Off Arrested Recovery).

Pesawat pejuang generasi 4.5 “buatan tangan” Korea Selatan, KF-21 Boramae yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) dengan kos sebanyak US$6.67 bilion (RM26.7 bilion manakala 20 peratus kos disumbang oleh Indonesia) telah melakukan penerbangan sulungnya pada Jun lepas.

KF-21
Pesawat KF-21 ketika melakukan penerbangan sulung pada Julai lepas.

 

Sekiranya kesemua ujian penerbangan itu berjalan dengan lancar, maka kontrak pengeluaran pesawat KF-21 itu akan ditandatangani pada tahun 2024 dengan penghantaran kepada Tentera Udara Korea Selatan bermula pada tahun 2026.

Penghantaran pertama sudah semestinya akan dilakukan terhadap Tentera Udara Korea Selatan yang mahu menggunakan pesawat-pesawat KF-21 itu untuk menggantikan pesawat F-5 dan Phantom miliknya yang telah berusia.

KAI merancang untuk membekalkan 40 buah KF-21 Block 1 yang direkabentuk untuk misi udara-ke-udara pada tahun 2028, diikuti oleh 80 buah pesawat Block 2 itu untuk misi udara-ke-darat pada tahun 2032.    

Dengan harga per-unit pada US$65 juta (RM260 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 1) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.– – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

Comments are closed.