KAI (FA-50) Penuhi Semua “Requirement” TUDM – Sumber
Defence Security Asia dimaklumkan bahawa penilaian fizikal serta ujian penerbangan pesawat itu telah berlangsung dengan lancar di Korea Selatan pada Oktober lalu, dengan pihak KAI (FA-50) berjaya memenuhi segala kehendak (requirement) yang digariskan oleh TUDM.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pasukan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun selesai menjalankan penilaian fizikal terhadap pesawat pejuang ringan FA-50 yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI).
Defence Security Asia dimaklumkan bahawa penilaian fizikal serta ujian penerbangan pesawat itu telah berlangsung dengan lancar di Korea Selatan pada Oktober lepas
“KAI (FA-50) is able to achieve all requirement dari TUDM,” menurut sumber terbabit kepada Defence Security Asia, sambil menambah bahawa proses penilaian meliputi aspek pengesahan dokumen tender, certification dan aspek penilaian penerbangan pesawat FA-50 itu.
Beberapa keping gambar delegasi TUDM semasa melaksanakan penilaian terhadap pesawat FA-50 idi Korea Selatan itu turut disertakan di dalam laporan ini.
Terima kasih kepada penyumbang gambar-gambar eksklusif berkenaan kerana sudi berkongsi.
Sumber memberitahu Defence Security Asia bahawa kumpulan pegawai penilai TUDM itu tiba di Korea Selatan pada 17 Okt dan telah dibawa ke kemudahan KAI untuk memulakan penilaian fizikal mereka terhadap pesawat pejuang ringan itu.
“Mereka turut meninjau kemampuan pesawat FA-50 itu menerusi sesi penilaian penerbangan,” kata sumber itu dan menambah bahawa pesawat FA-50 itu adalah milik Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF).
Pegawai-pegawai TUDM itu mengunjungi pangkalan udara 8th Fighter Wing di Wonju, Gangwo-do.
“Fasa penilaian fizikal (pesawat FA-50) telah selesai dan mereka (pasukan penilaian fizikal TUDM) melaksanakan penilaian penerbangan di Wonju,” kata sumber itu kepada Defence Security Asia.
Dalam penilaian penerbangan itu, pegawai TUDM turut dibawa menaiki pesawat FA-50 milik Tentera Udara Korea Selatan.
Comments are closed.