Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Korea Selatan Lepaskan Tembakan Terhadap Dron “Penceroboh” Korea Utara

Pihak Tentera Korea Selatan mengesan dan menjejaki dron-dron Korea Utara itu memasuki kawasan dikenali dengan nama “Military Demarcation Line” yang memisahkan kedua-dua negara selepas mengesan kehadirannya di ruang udara bandar Gimpo di barat negara itu pada 10.25 pagi (waktu tempatan), kata tentera Korea Selatan.

0 2,145

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang termasuk F-15K dan helikopter bersenjata Korea Selatan telah melepaskan tembakan terhadap lima buah dron milik Korea Utara yang dikesan menceroboh ruang udara negara itu, menurut kenyataan daripada tentera Korea Selatan.

“Pencerobohan ruang udara Korea Selatan (oleh dron-dron Korea Utara itu) Ini adalah satu tindakan provokasi oleh Pyongyang,” kata seorang pegawai kanan tentera Korea Selatan.   

Salah sebuah daripada dron milik Korea Utara itu terbang berhampiran ibu negara Korea Selatan iaitu, Seoul manakala empat yang baik terbang di bahagian barat negara itu.

Ada di antara dron-dron itu terbang rendah di bandar-bandar Korea Selatan itu selama kira-kira tujuh jam tanpa ditembak jatuh, dengan salah sebuahnya telah disahkan selamat kembali ke Korea Utara.

Sebagai reaksi balas, pihak tentera Korea Selatan turut mengerah pesawat peninjaunya masuk ke Korea Utara untuk mengambil gambar infrastruktur pertahanan milik musuhnya itu, kata pegawai kanan tentera Korea Selatan kepada media tempatan.

Dron
Dron Korea Utara

 

Pegawai tentera Korea Selatan juga berkata bahawa mereka telah mengoperasikan aset-aset untuk menembak jatuh dron Korea Utara, dengan melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu sama ada pihaknya berjaya menembak jatuh mana-mana dron Korea Utara itu.

Difahamkan aset-aset tentera Korea Selatan telah melepaskan kira-kira 100 tembakan terhadap dron-dron Korea Utara itu tetapi gagal menembak jatuhnya.

Mengenai penerbangan pesawat peninjau Korea Selatan ke Korea Utara, pegawai tentera negara itu berkata ia bertujuan mengumpul maklumat, sebagaimana motif penerbangan dron-dron milik Korea Utara itu.

Drone
Drone Korea Utara

 

Korea Selatan mengesan dan menjejaki dron-dron Korea Utara itu memasuki kawasan dikenali dengan nama “Military Demarcation Line” yang memisahkan kedua-dua negara selepas mengesan kehadirannya di ruang udara bandar Gimpo di barat negara itu pada 10.25 pagi (waktu tempatan), kata tentera Korea Selatan.

Berikutan pencerobohan daripada dron-dron Korea Utara itu, beberapa penerbangan pesawat komersial di Lapangan Terbang Incheon dan Gimpo terpaksa dibatalkan.

Pada 2017, sebuah dron Korea Utara dipercayai di dalam misi mengambar gambar kemudahan sistem pertahanan udara THAAD ( Terminal High Altitude Area Defense -THAAD) telah terhempas dan ditemui di sebuah kawasan pergunungan di kawasan sempadan kedua-dua negara itu.

Sebuah dron milik Korea Utara dilengkapi dengan kamera juga ditemui di pulau Korea Selatan berhampiran sempadan kedua-dua negara itu pada 2014. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...