Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Pilih FA-50 Block 20 – Sumber

Sumber yang dipercayai telah memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa, TUDM akan memperolehi varian FA-50 Block 20.

0 24,550

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menjadi pengguna pesawat pejuang ringan FA-50 yang terbaru, mengikuti jejak langkah beberapa negara termasuk di Asia Tenggara yang memilih pesawat pejuang keluaran syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang telah pun terbukti di medan peperangan sebenar.

Sumber yang dipercayai memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa, TUDM akan memperolehi varian FA-50 Block 20.

“Confirm,TUDM akan memperolehi pesawat generasi terbaru FA-50 Block 20 yang hampir sama dengan pesawat FA-50 Block 20 ditawarkan oleh KAI kepada Poland,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa varian FA-50 Block 20 adalah paling berkeupayaan dan berkemampuan untuk menangani sebarang cabaran.

FA-50

Baru-baru ini, Poland telah bersetuju untuk memperolehi 48 buah pesawat FA-50 Block 20 daripada KAI selain beberapa sistem persenjataan lain termasuk kereta kebal utama dan self-propelled howitzer K-9.

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh Malaysia dan Poland itu akan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) yang terkini.

Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan dengan lebih lanjut jenis radar AESA dan syarikat yang membangunkan radar berteknologi tinggi tersebut.

Namun sebagaimana yang telah pun diketahui sebelum ini, tidak akan ada sebarang komponen yang diperbuat oleh syarikat-syarikat Israel pada pesawat FA-50 Block 20 Malaysia.

Selain itu katanya, pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

FA-50
Pusat pemasangan akhir pesawat FA-50 milik KAI.

 

Pesawat F-16 yang lebih dikenali dengan panggilan “Viper” itu dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Syarikat KAI dan Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat mempunyai hubungan yang rapat hasil kerjasama mereka dalam membangunkan pesawat latihan lanjutan T-50 Golden Eagle, yang merupakan asas kepada pesawat pejuang ringan FA-50.

Pada masa yang sama kata sumber itu kepada Defence Security Asia, pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.

Mengenai bilangan yang akan diperolehi oleh TUDM, beliau tidak mendedahkannya, tetapi sebagaimana laporan media tempatan sebelum ini, sebanyak 18 buah unit akan diperolehi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 manakala tambahan 18 unit lagi akan diperolehi pada Rancangan Malaysia ke-13.

Ia akan menjadikan kesemuanya 36 unit pesawat pejuang ringan yang akan diperolehi.

FA-50
Sniper Advanced Targeting Pod.

 

Sumber itu enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu. (nanti kita korek lagi)

Bagaimanapun, Defence Security Asia sebelum ini telah menjelaskan bahawa pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 akan turut dilengkapi dengan  “Sniper Advanced Targeting Pod,” yang turut dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Selain itu varian pesawat itu juga akan dilengkapi dengan meriam 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Admin juga berkeyakinan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang akan diperolehi oleh TUDM akan turut dilengkapi dengan kemampuan Beyond Visual Range (BVR) iaitu peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM, sebagaimana yang akan diperolehi oleh Poland.

Varian pesawat FA-50 Block 20 sebelum ini juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom.

FA-50
GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Kemudahan pengisian minyak di udara akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu beroperasi lebih jauh dan berada di udara lebih lama.

Di Asia Tenggara, Tentera Udara Filipina menggunakan 12 buah pesawat FA-50 (berkemungkinan dalam varian Block 10) tetapi sudah terdapat cadangan supaya Manila membeli varian FA-50 Block 20 yang lebih berkuasa itu.

Pesawat FA-50 Tentera Udara Filipina itu turut beraksi pada pertempuran di bandar Marawi menentang pengganas Daesh.

Tentera Udara Thailand pula mengoperasikan 14 buah varian T-50  termasuk dua buah yang dipesan daripada KAI baru-baru ini manakala Tentera Udara Indonesia pula memperolehi 22 buah pesawat T-50. — DSA

 

 

Comments
Loading...