Harga Pesawat Gen-5 “KAAN” Buatan Turkiye Dianggar Lebih US$100 Juta Sebuah. Berbaloikah?
Dengan anggaran harga pesawat pejuang buatan Turki itu melebihi US$100 juta setiap sebuah, maka harga "KAAN" itu tidak banyak berbeza berbanding harga pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat, F-35 terutamanya daripada varian C (varian pesawat pejuang) atau B yang merupakan varian (Short Take Off and Vertical Landing).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mana-mana pihak yang sudah memasang cita-cita untuk memperolehi pesawat pejuang generasi kelima buatan Turkiye yang dinamakan “KAAN” oleh presiden negara itu Recep Tayyep Erdogan baru-baru ini, nampaknya perlu “berfikir dua kali” sebelum membelinya kerana harga satu unit pesawat pejuang generasi kelima yang sedang dibangunkan itu dikatakan bakal melebihi US$100 juta (RM400 juta).
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Temel Kotil berkata yang mengatakan harga per-unit pesawat itu itu dijangka lebih “sedikit” daripada US$100 juta, seperti yang dianggarkan sebelum ini.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sebab atau alasan mengapa harga sebuah pesawat pejuang generasi kelima buatan Turkiye itu kini melebihi US$100 juta.
Dalam satu temuramah pada 2021, Kotil berkata, pihaknya menganggarkan harga per-unit pesawat pejuang generasi kelima itu US$100 juta dan dua tahun selepas itu, tekaan beliau hampir tepat.
Dengan anggaran harga pesawat pejuang buatan Turki itu melebihi US$100 juta setiap sebuah, maka harga “KAAN” itu tidak banyak berbeza berbanding harga pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat, F-35 terutamanya daripada varian C (varian pesawat pejuang) atau B yang merupakan varian (Short Take Off and Vertical Landing).
Harga per-unit varian F-35A (landasan konvensional) adalah dianggarkan US$80 juta.
Namun, teknologi yang melengkapi F-35 sudah jauh lebih matang dan “terbukti” berbanding “KAAN”.
Sementara itu Kotil juga berkata bahawa pada tahun 2028, TAI akan menyiapkan sejumlah 20 buah pesawat pejuang “KAAN” Block 10 kepada Tentera Udara Turkiye.
“Menjelang tahun 2029, TAI akan mengeluarkan dua buah pesawat pejuang KAAN setiap bulan, menjana perolehan kira-kira US$2.4 bilion (RM9.6 bilion) setiap tahun,” kata Kotil sebagaimana dipetik oleh sebuah portal pertahanan antarabangsa.
“KAAN” dijangka akan melakukan penerbangan sulungnya pada 29 Oktober 2023 ini sempena sambutan 100 tahun negara itu dan memasuki perkhidmatan Tentera Darat Turkiye pada tahun 2029.
Comments are closed.