Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter Ka-52M “Alligator” Russia Lebih “Berbisa” Dengan Radar All-Round Baru

Penganalisis tentera Russia juga berkata bahawa dengan kemampuan radar all-round yang baru, helikopter penyerang Ka-52M itu juga boleh bertindak sebagai helikopter peninjau (reconnaissance) dan memberikan data-data kritikal sasaran kepada aset-aset lain di medan peperangan.

5,041

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Russia dilaporkan sedang menaiktaraf helikopter penyerangnya, Ka-52M “Alligator” dengan melengkapkannya dengan apa yang disebut sebagai “ventral all around radar station” bagi membolehkannya menangani lebih banyak sasaran.

Penganalisis tentera Russia juga berkata bahawa dengan kemampuan radar all-round yang baru, helikopter penyerang Ka-52M itu juga boleh bertindak sebagai helikopter peninjau (reconnaissance) dan memberikan data-data kritikal sasaran kepada aset-aset lain di medan peperangan.

Helikopter penyerang dengan radar, sistem penderia dan sistem persenjataan yang lebih berkemampuan itu dilaporkan sedang diuji pada konflik Russia-Ukraine pada ketika ini.

Kesemua sistem itu direka untuk beroperasi dalam semua jenis keadaan cuaca, siang dan malam serta di dalam keadaan persekitaran itu yang penuh dengan “gangguan” elektronik yang membataskan kemampuan helikopter-helikopter penyerang yang lain.

“Helikopter penyerang Ka-52M akan menerima all-around radar yang baru yang beroperasi dalam jarak-sentimeter.

Ka-52
Helikopter penyerang Ka-52 “Alligator”

 

“Dengan kemampuan baru ini, helikopter penyerang itu akan berupaya mengesan lebih banyak sasaran udara dan darat seperti pesawat-pesawat kombat musuh, helikopter, pesawat tanpa pemandu,kedudukan artilleri dan tentera dan pelbagai lagi,” menurut penganalisis itu kepada media Russia, RIA-Novosti.

Sistem persenjataan varian terkini helikopter penyerang itu kini juga dilengkapi dengan sistem persenjataan daripada Izdeliye 305 (Product 305) yang membolehkannya menangani sasaran-sasaran yang lebih kecil dan kereta-kereta perisai serta kereta kebal dalam keadaan penglihatan terhad.

Pada ketika helikopter Ka-52 merupakan helikopter penyerang utama pada pasukan udara tentera darat Russia di konflik Russia-Ukraine.

Setakat ini menurut penganalisis tentera Russia itu, helikopter penyerang Ka-52M varian baru telah menunjukkan prestasi yang baik ketika dalam peringkat pengujian di medan peperangan dengan memusnahkan pelbagai aset tentera Ukraine.

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu meminta pereka-pereka helikopter penyerang itu supaya terus menaiktaraf kemampuan helikopter penyerang itu dan memberikan perhatian terhadap keselamatan krewnya.

Ka-52

“Kelebihan sementara” Russia itu dicapai selepas helikopter penyerang itu dilengkapkan dengan peluru berpandu anti-kereta kebal dengan jarak yang lebih jauh, sekaligus meningkatkan lagi keberkesannya untuk memusnahkan sasaran darat terutamanya kenderaan armor tentera yang digunakan oleh Ukraine ketika fasa serangan balas ketika ini.

“Russia kini memiliki kelebihan sementara di selatan Ukraine, terutamanya dengan helikopter penyerangnya menggunakan peluru berpandu dengan jarak yang lebih jauh terhadap sasaran-sasaran darat,” menurut laporan Kementerian Pertahanan United Kingdom itu.

Menyedari bahawa ia kini memiliki kelebihan sementara di medan peperangan di selatan Ukraine itu, tentera Russia telah meningkatkan bilangan helikopter penyerang Ka-52 “Alligator” di lapangan yang ditempatkan di pangkalan udara Berdyansk.

Selain mengakui banyak armornya dimusnahkan atau rosak teruk akibat periuk api ketika melaksanakan serangan balas di selatan Ukraine, penganalisis ketenteraan Barat juga menyatakan peranan penting yang dimainkan oleh helikopter penyerang Ka-52.

Menurut mereka, helikopter-helikopter penyerang Russia cukup berkesan dalam memusnahkan armor tentera Ukraine disebabkan mereka ketiadaan perlindungan udara yang diberikan oleh pesawat-pesawat pejuang seperti Su-25 dan lain-lain lagi.

Ka-52

Helikopter penyerang Kamov Ka-52 merupakan helikopter penyerang dua tempat duduk.

 

Ia adalah helikopter penyerang yang dinaiktaraf daripada helikopter Ka-50 yang digunakan secara ekstensif pada zaman Kesatuan Soviet.

Helikopter Ka-52 mula dibangunkan pada 1994, dengan penerbangan sulung dilakukan pada 1997 dan diperakui oleh pemerhati ketenteraan dunia sebagai diantara helikopter penyerang paling berbahaya di pasaran pada ketika ini.

Dilengkapi dengan enjin turboshaft Klimov VK-2500, helikopter Ka-52 boleh terbang selaju 300km sejam. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: [email protected]

 

 

Comments are closed.