Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam, “JS Taigei” Dengan “Enemy Base Attack Capability”

Dengan “enemy base attack capability” ini, ia secara langsung akan mengubah posture Tentera Laut Jepun daripada yang bersifat pertahanan sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan negara itu kepada kemampuan menyerang kedudukan musuh.

0 2,634

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada bulan Mac lepas, Tentera Laut Jepun (Japan Maritim Self-Defense Force –JMSDF) telah mentauliahkan kapal selam penyerang berkuasa diesel (SSK) kelas-Taigei pertama miliknya, yang berkemungkinan dilengkapi dengan kemampuan “enemy base attack capability” buat julung-julung kalinya.

Kapal selam yang diberikan nama “JS Taigei” (SS513) telah dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries (MHI) dan berpengkalan di Pengkalan Laut Yokosuka, akan berkhidmat dengan Escort Division 4 of Escort Flotilla 2.

Dengan 70 orang anak kapal, kapal selam “JS Taigei” yang dibina dengan kos US$690 juta (RM2.76 bilion) itu memiliki panjang 84 meter dan seberat 3,000 tan.

JS Taigei

Ia akan dijana oleh enjin diesel yang memiliki 6,000 kuasa kuda, tetapi pada masa yang sama turut dilengkapi dengan bateri lithium-ion berbanding lead-asid.

Apa yang menarik tentang kapal selam “JS Taigei” ini adalah kerana Tentera Laut Jepun bercadang melengkapkannya dengan “kemampuan serangan pangkalan musuh” atau “enemy base attack capability”.

Dengan “enemy base attack capability” ini, ia secara langsung akan mengubah posture Tentera Laut Jepun daripada yang bersifat pertahanan sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan negara itu kepada kemampuan menyerang kedudukan musuh.

JS Taigei

Ia juga bermakna Jepun akan meninggalkan dasar Pacifist yang diamalkannya sejak kekalahan pada Perang Dunia Kedua.

Sikap agresif tentera China dan Korea Utara merupakan sebab utama disebalik tindakan Jepun meninggalkan dasar Pacifist negara itu dan mula mengorak langkah untuk melengkapkan angkatan tenteranya dengan kemampuan menyerang musuh.

Ia mahu memiliki kemampuan untuk menyerang kedudukan musuhnya yang mengancam keselamatan negara Matahari Terbit itu sendiri.

JS Taigei

Bagi kapal selam “JS Taigei” itu, Jepun bercadang melengkapkannya dengan peluru berpandu anti-kapal UGM-84L Harpoon Block II yang mampu membedil aset-aset daratan pihak musuh atau kapal sejauh 248km.

Selain peluru berpandu, kapal selam terbaru Jepun itu juga akan dilengkapi dengan torpedo terbaru dibangunkan oleh Jepun dikenali sebagai “Type 18”.

JS Taigei

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Buat permulaan melengkapkan kapal selam itu dengan peluru berpandu Harpoon, tetapi di tahun-tahun mendatang apabila Jepun telah meninggalkan dasar Pacifist-nya itu, ia berkemungkinan akan melengkapkannnya dengan senjata-senjata menyerang yang lebih berkuasa dan jauh.

Keseluruhannya, Tokyo akan membina enam buah kapal selam kelas-Taigei dengan kapal selam kedua daripada kelas yang sama, Hakugei dijangka akan ditauliah dalam perkhidmatan pada tahun depan. — DSA

Comments
Loading...