China Usaha Kurangkan “Jurang Kemampuan” Antara J-20 Dengan F-22 Raptor
Menurut jurutera-jurutera China, mereka telah berusaha untuk beberapa ketika membangunkan teknologi “2D thrust vectoring control nozzle” bagi membolehkan mengurangkan jurang kemampuan di antara pesawat J-20 miliknya dengan pesawat F-22 Raptor Amerika Syarikat.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada pameran Zhuhai Airshow 2022 baru-baru ini, syarikat pembuat enjin China, Aero Enjine Corp of China (AECC) telah mempamerkan enjin turbofan yang dilengkapi dengan 2D thrust vectoring control nozzle (pengawal muncung) bagi meningkatkan kelincahan dan daya halimunan pesawat pejuang negara itu.
AECC menghasilkan enjin yang digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang China termasuklah pesawat termodennya, J-20 “Mighty Dragon.”
Dipanggil “Taihang”, syarikat pengeluar enjin China itu telah menghasilkan lima varian enjin turbofan untuk digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang negara itu termasuk J-10 dan J-20 yang merupakan pesawat pejuang generasi kelima.
Pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 dipercayai menggunakan enjin turbofan WS-10C buatan AECC.
Sebelum ini, pesawat J-20 China itu menggunakan enjin Saturn “AL-31F” yang diperolehi daripada Russia.
Menurut jurutera-jurutera China, mereka telah berusaha untuk beberapa ketika membangunkan teknologi “2D thrust vectoring control nozzle” bagi membolehkan mengurangkan jurang kemampuan di antara pesawat J-20 miliknya dengan pesawat F-22 Raptor Amerika Syarikat.
Seorang pakar ketenteraan China, Wei Dongxu sebagaimana dipetik oleh akhbar Global Times berkata bahawa “thrust vectoring control nozzle” meninggkatkan kelincahan pesawat ketika diudara dengan menumpukan kuasa tujahan enjin itu ke arah yang diinginkannya dan menggunakan aerodinamik.
Penganalisis mengatakan adalah amat penting supaya China mengintegrasikan teknologi tersebut pada pesawatnya berikutan tindakan Amerika Syarikat meningkatkan kehadiran pesawat-pesawat generasi kelimanya di rantau Indo-Pasifik.
“Pembangunan enjin turbofan dengan 2D thrust vectoring control nozzle bermakna enjin pesawat itu memiliki kuasa yang cukupi untuk menguruskan kehilangan kuasa tujahan,” kata Wei.
Menurut laporan-laporan sebelum ini, enjin turbofan WS-10C yang digunakan oleh pesawat J-20 pada ketika ini akan digantikan dengan enjin turbofan yang lebih berkuasa tetapi masih lagi di dalam fasa pembangunan iaitu WS-15.
Laporan oleh Jabatan Pertahanan Amerika mengatakan bahawa China tidak henti-henti berusaha memodenkan pesawat J-20 termasuklah dengan melengkapkan enjinnya dengan teknologi “2D thrust vectoring control nozzle” serta kemampuan “super cruise”.
Kesemua usaha ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan jurang kemampuan di antara pesawat J-20 dengan F-22 Raptor.
Pesawat pejuang F-22 Raptor yang kini berpengkalan di Kaden di Okinawa itu telah pun menggunakan teknologi “thrust vectoring control nozzle” pada enjin Pratt & Whitney F119-PW-100 sejak 20 tahun yang lalu. — DSA
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE