Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Israel Bekal Dua Pesawat Peronda Maritim Jarak Jauh Pada Filipina, Guna Platform ATR72-5600

Laporan menyatakan bahawa syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems mengumumkan ia berjaya memenangi kontrak bernilai US$114 juta (RM524 juta) untuk membekalkan dua buah pesawat peronda maritim berdasarkan kepada pesawat ATR72-600.

0 3,763

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa bulan selepas Malaysia mengumumkan perolehan dua buah pesawat peronda maritim Leonardo ATR72 MPA, Filipina beberapa hari lepas turut mengikuti langkah dengan juga memperolehi dua buah pesawat yang “hampir sama tetapi berlainan” sebagaimana dimiliki oleh negara.

Walapun tiada pengumuman rasmi mengenainya, tetapi syarikat pertahanan Israel, Elbit System mengumumkan kejayaannya membekalkan dua buah pesawat peronda maritim ATR72-600 kepada sebuah negara Asia Pasifik.

Syarikat pertahanan Israel itu tidak mendedahkan identiti negara Asia Pasifik terbabit, sumber industri mengenalpasti negara terbabit sebagai Filipina, yang sememangnya mempunyai keperluan untuk dua buah pesawat peronda maritim jarak jauh.

ATR 72 MPA
Sistem “ATOS”
(Airborne Tactical Observation and Surveillance system) di dalam pesawat ATR 72 MPA.

 

Walaupun ia adalah pesawat yang sama, tetapi Malaysia secara dasarnya akan menggunakan penderia dan sistem elektronik daripada Eropah manakala Filipina pula menggunakan sistem/elektronik buatan syarikat pertahanan Israel.

Sememangnya, Filipina adalah peminat sistem ketenteraan keluaran Israel dan adalah antara pelanggan utama di Asia Tenggara.

Menurut Elbit Systems, ia berjaya memenangi kontrak bernilai US$114 (RM524 juta) untuk membekalkan dua buah pesawat peronda maritim kepada negara Asia Pasifik (Filipina).

Syarikat Israel itu menyatakan bahawa platform yang akan digunakan adalah pesawat turboprop ATR72-600 yang akan diintergrasikan dengan peralatan untuk melaksanakan misi termasuk Mission Management System, Electro-Optics, Radar, Signal Intelligence (SIGINT), Communication dan pelbagai peralatan khusus yang lain.

Ia juga mengesahkan bahawa kontrak terbabit adalah untuk lima tahun, meliputi Integrated Logistics Support (ILS), latihan dan bekalan alat ganti.

ATR 72 MPA
ATR72 MPA

 

Menurut laporan, kerajaan Filipina telah mengadakan rundingan secara terus dengan Kementerian Pertahanan Israel pada 2021 untuk memperolehi pesawat peronda maritime jarak jauh itu, dengan syarikat Elbit Systems dan Israel Aerospace Industries disenaraipendek sebagai pembekal berpotensi.

Akhirnya, syarikat Elbit Systems dipilih berdasarkan pengalamannya yang turut membekalkan sistem pesawat tanpa pemandu Hermes 450 dan Hermes 900 kepada Tentera Udara Filipina.

Kedua-dua sistem pesawat tanpa pemandu itu kini digunakan sebagai platform peronda maritime berikutan ketiadaan pesawat peronda maritim yang berdedikasi.

Kementerian Pertahanan dan syarikat Leonardo menandatangani perjanjian perolehan pesawat peronda maritim ATR72 MPA pada LIMA ’23 baru-baru ini.

Dibawah program CAP55 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), negara merancang untuk memiliki sekurang-kurangnya enam buah pesawat peronda maritim, dengan perolehannya di meliputi beberapa Rancangan Malaysia.

Sebagai sebuah negara maritim, keperluan untuk memiliki pesawat peronda maritim untuk memantau kawasan perairan negara yang amat luas adalah amat mendesak.

Apatah lagi, kedaulatan negara di Laut China Selatan itu diancam aktiviti pencerobohan oleh kapal-kapal milik China.

Dipromosikan sebagai pesawat dengan kos operasi yang rendah, ATR 72MP adalah platform peronda maritim berkeupayaan tinggi yang boleh melaksanakan misi peperangan anti-kapal selam (ASuW), peperangan anti-permukaan (ASW_ serta misi-misi perisikan elektronik (ELINT).

Untuk misi-misi ELINT, ASW dan ASuW, pesawat peronda maritime itu dilengkapi dengan peralatan dan sub-sistem pilihan termasuk Defensive Aids Sub-System (DASS) bagi membolehkannya beroperasi di kawasan musuh, sistem untuk menyimpan dan melancar sonobuoys dan akustik subsistem.

MPA TUDM
Keadaan di dalam pesawat ATR 72MP.

 

Selain itu, pesawat ATR 72MP itu juga dilengkapi dengan dengan ULISSES (Ultra-LIght SonicS Enhanced System), yang merupakan sistem penderia akustik bersepadu direkabentuk untuk “mendengar” kehadiran kapal-kapal selam musuh dan menentukan kedudukan mereka.

Pesawat ATR 72MP itu berkemampuan beroperasi dalam suasana rondaan maritim paling kompleks kerana ia dilengkapi dengan sistem perlaksanaan misi Airborne Tactical Observation and Surveillance (ATOS) terdiri daripada radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “Seaspray 7300E” , penderia elektro optical dengan kamera monochrome dan berwarna.

Pesawat rondaan maritim itu boleh berada di udara untuk melaksanakan misi melebihi tempoh selama 8 jam.

Maximum take-off weigh pesawat peronda maritim ini adalah 23 tan dan ia berkemampuan terbang selaju 465km sejam serta terbang setinggi 25,000 kaki. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...