Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Dilengkapi Peluru Berpandu Kruis, Korvet Katamaran Kelas-Soleimani Iran “Mengancam”

(VIDEO) Kemunculan kapal-kapal korvet katamaran kelas-Soleimani milik Tentera Laut IRGC itu yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu kruis jarak jauh itu mengancam, bukan sahaja kapal-kapal perang Amerika Syarikat di rantau itu tetapi juga kedudukan tenteranya di daratan.

0 1,049

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC-N) telah mentauliahkan dua buah lagi kapal korvet katamaran kelas-Soleimani hari ini yang dilengkapi sehingga enam buah peluru berpandu kruis yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 700km hingga 2,000km.

Dengan kemasukkan dua buah lagi kapal korvet katamaran kelas-Soleimani ke dalam Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran itu menjadikan keseluruhan kapal korvet katamaran kelas-Soleiman yang telah ditauliahkan oleh Iran kepada tiga buah pada tahun ini.

Kemunculan kapal-kapal korvet katamaran kelas-Soleimani milik Tentera Laut IRGC itu yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu kruis jarak jauh itu mengancam, bukan sahaja kapal-kapal perang Amerika Syarikat di rantau itu tetapi juga kedudukan tenteranya di daratan.

Kedua-dua buah kapal perang canggih yang ditauliahkan hari ini dinamakan “Shahid Hassan Bagheri” dan “Shahid Sayyid Shirazi.”

Kapal-kapal korvet katamaran itu tuurt dilengkapi dengan sistem pertahanan udara yang berkemampuan menembak jatuh sasaran udara sejauh 300km, selain berkemampuan membawa helikopter serta tiga buah bot serang laju.

Pada awal bulan lepas, kapal korvet katamaran Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang pertama “Abu Mahdi al-Muhandis” telah ditauliahkan.

Ketiga-tiga buah kapal korvet katamaran kelas-Shahid Soleimani itu memiliki rekabentuk Catamaran dan diterapkan dengan ciri-ciri halimunan bagi menyukarkan radar-radar dan sistem pemantauan milik musuh yang lain mengesan kehadirannya ketika berada di perairan.

Sebelum ini, Panglima Tentera Laut IRGC Laksamana Alireza Tangsiri, kapal korvet kelas-Shahid Solaimani dinamakan Abu Mahdi al-Muhandis itu mempunyi kemampuan berada di laut selama 14 hari, dengan radius operasi sejauh 2,000 batu nautika.

Disebabkan rekabentuk yang unik itu, kapal korvet dengan rekabentuk katamaran milik Tentera Laut IRGC boleh beroperasi tanpa dapat dikesan oleh radar dan alat-alat pemantauan pihak musuh, dakwa panglima tentera laut IRGC itu.

Pembangunan kapal korvet katarmaran itu adalah hasil kerjasama tiga pihak dalaman negara itu, sekaligus membuktikan kemampuan Iran dalam penghasilan kapal-kapal perang halimunan.

Katamaran Iran
Korvet katamaran kelas-Soleimani

 

Dengan rekabentuk katamaran dan bergandingan dengan sistem propulsion buatan tempatan telah membolehkan kapal perang itu beroperasi melaksanakan misi-misinya walaupun di dalam keadaan di laut mencecah Sea State 6.

Selain memiliki rekabentuk katarmaran, kapal perang kelas-Soleimani itu turut dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan seperti meriam 30mm dan meriam 20mm serta 23mm.

Kapal korvet katamaran kelas-Soleimani itu turut dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Noor” yang berkeupayaan membedil sasaran sejauh 300km serta sistem peluru berpandu kruis yang boleh membedil sasaran sejauh di antara 700km dan 2,000km.

Untuk pertahanan udaranya, kapal korvet kelas-Shahid Soleimani itu juga dilengkapi dengan sistem pertahanan udara anti-udara jarak dekat “Kosar.”

Korvet Katamaran
Korvet katamaran kelas-Soleimani

 

Dengan dilengkapi dengan peluru berpandu kruis jarak jauh, kapal-kapal perang kelas-Shahid Soleiman dengan rekabentuk Catamaran itu berkeupayaan memberikan ancaman terhadap mana-mana kapal musuh yang berada di Teluk Parsi, Laut Merah sehinggalah ke Laut Arab.

Iran bertindak memperkenalkan kapal perang terbarunya itu yang memiliki keistimewaan halimunan ketika suasana di rantau itu semakin memuncak disebabkan tindakan tentera Israel melancarkan serangan –serangan udara yang membunuh pemimpin-pemimpin kanan IRGC di Syria, Hamas di Beirut dan juga kumpulan militia disokong Iran di Iraq. — DSA

Notis

 

Comments
Loading...