Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Dedah Korvet Catamaran “Abu Mahdi al-Muhadis”, Dilengkapi Peluru Berpandu Kruis

Kapal korvet dengan rekabentuk Catamaran kelas-Shahid Soleimani yang dinamakan "Abu Mahdi al-Muhandis" itu turut dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal seperti “Noor” yang berkeupayaan membedil sasaran sejauh 300km serta sistem peluru berpandu kruis yang boleh membedil sasaran sejauh 2,000km.

0 1,434

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah menerima pelbagai jenis senjata baru-baru ini di Bandar Abbas, dengan salah sebuah daripada senjata yang diterima adalah sebuah kapal perang kelas-Shahid Soleiman yang memiliki rekabentuk Catamaran.

Dinamakan ‘Abu Mahdi al-Muhandis’, kapal korvet kelas-Shahid Soleimani itu memiliki rekabentuk Catamaran dan diterapkan dengan ciri-ciri halimunan bagi menyukarkan radar-radar dan sistem pemantauan milik musuh yang lain mengesan kehadirannya ketika berada di perairan.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu kruis jarak jauh.

Kapal perang terbaru Iran itu mengambil nama Timbalan Panglima Popular Mobilization Unit (PMU) Abu Mahdi al-Muhandis, yang turut terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat terhadap Lt Gen Qassem Soleimani di Baghdad pada 2020.

Menurut Panglima Tentera Laut IRGC Laksamana Alireza Tangsiri, kapal korvet kelas-Shahid Solaimani dimanakan Abu Mahdi al-Muhandis itu mempunyi kemampuan berada di laut selama 14 hari, dengan radius operasi sejauh 2,000 batu nautika.

Beliau memberikan amaran kepada musuh-musuh Iran supaya “menjauhi” negara itu dan Tentera Laut IRGC memiliki kemampuan pertahanan dan serangan yang cukup tinggi untuk menangani sebarang serangan oleh kuasa-kuasa Barat.

Iran

Disebabkan rekabentuk yang unik itu, kapal korvet dengan rekabentuk Catamaran milik Tentera Laut IRGC boleh beroperasi tanpa dapat dikesan oleh radar dan alat-alat pemantauan pihak musuh, dakwa panglima tentera laut IRGC itu.

Alireza berkata bahawa pembangunan kapal perang berkonsepkan Catarmaran itu adalah hasil kerjasama tiga pihak dalaman negara itu, sekaligus membuktikan kemampuan Iran dalam penghasilan kapal-kapal perang halimunan.

Dengan rekabentuk Catamaran dan bergandingan dengan sistem propulsion buatan tempatan telah membolehkan kapal perang itu beroperasi melaksanakan misi-misinya walaupun di dalam keadaan di laut mencecah Sea State 6.

Iran menurut Panglima Tentera Laut IRGC itu merancangkan untuk membangunkan lagi tiga buah kapal perang kelas-Shahid Soleimani dengan rekabentuk Catamaran pada tahun ini.

Kapal pertama dinamakan Shahid Soleimani telah pun ditauliahkan kepada dalam perkhidmatan tentera laut IRGC dua tahun lepas.

Iran

Iran

Selain memiliki rekabentuk Catarmaran, kapal perang “Abu Mahdi al-Muhandis” itu turut dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan seperti meriam 30mm dan meriam 20mm serta 23mm.

Kapal perang rekabentuk Catamaran itu turut dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal seperti “Noor” yang berkeupayaan membedil sasaran sejauh 300km serta sistem peluru berpandu kruis yang boleh membedil sasaran sejauh 2,000km.

Untuk pertahanan udaranya, kapal korvet kelas-Shahid Soleimani itu juga dilengkapi dengan sistem pertahanan udara anti-udara jarak dekat “Kosar.”

Dengan dilengkapi dengan peluru berpandu kruis jarak jauh, kapal-kapal perang kelas-Shahid Soleiman dengan rekabentuk Catamaran itu berkeupayaan memberikan ancaman terhadap mana-mana kapal musuh yang berada di Teluk Parsi, Laut Merah sehinggalah ke Laut Arab.

Iran bertindak memperkenalkan kapal perang terbarunya itu yang memiliki keistimewaan halimunan ketika suasana di rantau itu semakin memuncak disebabkan tindakan tentera Israel melancarkan serangan –serangan udara yang membunuh pemimpin-pemimpin kanan IRGC di Syria, Hamas di Beirut dan juga kumpulan militia disokong Iran di Iraq. — DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com
Comments
Loading...