Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Israel Sabotaj 12 Kapal Tangki Iran Sejak 2019?

Israel menggunakan periuk api untuk melakukan kerja-kerja sabotaj itu.

0 1,225

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak Oktober 2019, pihak tentera laut Israel telah mensasarkan kira-kira 12 buah kapal tangki milik Iran membawa muatan minyak daripada Iran ke Syria, menurut pegawai-pegawai perisikan Amerika Syarikat.

Dalam laporan yang disediakan oleh Wall Street Journal,  Israel bimbang hasil daripada penjualan minyak itu akan digunakan untuk membiayai aktiviti ekstremis di Timur Tengah dan kawasan-kawasan lain di rantau terbabit.

Shahr e Kord
Kerosakan yang dialami oleh kapal kargo Iran, “Shahr e Kord”.

Tentera Laut Israel menggunakan periuk api untuk mensabotaj kapal-kapal milik Iran atau mana-mana kapal yang membawa minyak negara itu.

Iran didakwa terus menjalankan urusniaga minyaknya dengan Syria, mengeksport jutaan tong minyak walaupun tindakan itu jelas melanggari sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa. Menurut pegawai-pegawai perisikan Amerika Syarikat itu sebagaimana dipetik oleh majalah itu, serangan turut mensasarkan kapal-kapal Iran yang membawa senjata sama ada ke Syria atau lokasi lain.

Kapal Iran
Antara kapal tangki Iran yang disasarkan oleh Israel.

Sementara itu jurucakap Islamic Republic of Iran Shipping Lines (IRISL) Ali Ghiasian mengesahkan bahawa kapal milik syarikat itu, “Shahr e Kord” mengalami kerosakan akan “serangan pengganas” di Laut Mediterranean pada Rabu.

Ali memberitahu perkara itu kepada media bernama “Nournews”.

“Tindakan keganasan itu adalah suatu tindakan pelanunan yang menyalahi undang-undang antarabangsa mengenai keselamatan perkapalan komersial dan tindakan undang-undang akan diambil untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab melakukannya menerusi institusi antarabangsa,” kata beliau.

Semalam artikel Defence Security Asia menyatakan bahawa kapal kargo “Shahr e Kord” telah diserang oleh pihak tidak dikenali ketika berada di dalam pesisir pantai Baniyas, Syria.

Ketika kejadian, kapal terbabit yang dibina pada 2012 sedang pelayaran daripda Rajaei, Iran ke Latakia di Syria.

Untuk pengetahuan ramai, kapal kargo “Shahr e Kord” ini telah dikenakan sekatan oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (Treasury Department) kerana memberikan khidmat kepada Kementerian Pertahanan Iran dan angkatan tentera negara itu.

Kapal kargo itu dimiliki oleh Islamic Republic of Iran Shipping Lines. Terdapat spekulasi bahawa kapal kargo itu berkemungkinan sedang memindahkan “peluru berpandu ballistic atau senjata” yang dibekalkan oleh angkatan tentera Iran kepada Syria atau kumpulan-kumpulan bersenjata yang disokong oleh Kor Pengawal Revolusi Iran ketika ia diserang di perairan Syria itu.

Terdapat juga dakwaan bahawa serangan terhadap kapal kargo Iran dilakukan oleh pihak Israel bagi membalas dendam terhadap apa yang berlaku di Teluk Oman beberapa minggu lepas.

Dalam kejadian di Teluk Oman itu, kapal kargo “Helios Ray” yang dimiliki oleh billionair Israel, Rami Ungar mengalami kerosakan yang berpunca daripada letupan.

Helios Ray
Kapal kargo milik Israel, “Helios Ray” rosak selepas terkena letupan di Teluk Oman.

Pihak Israel menuduh bahawa tentera Iran bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Tentera Israel percaya bot laju Pengawal Revolusi Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu yang mengenai kapal kargo, menyebabkan kerosakan pada bahagian kapal itu sehingga memaksanya melencong ke limbungan kapal di Dubai untuk diperbaiki.

Ketika kejadian kapal “Helios Ray” itu sedang dalam pelayaran ke Singapura.

Pemilik kapal kargo membawa kenderaan, Rami Ungar dikenali sebagai seorang yang amat rapat dengan ketua agensi perisikan negara itu, Mossad iaitu Yossi Cohen.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...