Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Dakwa Kemampuan “Bavar-373” Dibangunkannya Menyamai S-400, Patriot dan THAAD

Teheran mendakwa kemampuan sistem pertahanan udara “Bavar-373” yang dibangunkannya sendiri adalah menyamai sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia dan sistem pertahanan udara “Patriot” serta sistem anti-ballistik -- Terminal High Altitude Air Defense (THAAD) buatan Amerika Syarikat.

5,601

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam perarakan sempen Hari Tentera Daratnya berlangsung beberapa bulan lalu, Iran telah menayangkan varian terkini sistem pertahanan udara jarak jauhnya “Bavar-373” yang dilaporkan berkeupayaan menembak jatuh sasaran udara sejauh 300-400km serta setanding dengan sistem-sistem pertahanan udara jarak jauh yang lain di pasaran termasuk S-400, Patriot dan THAAD.

Sistem pertahanan udara “Bavar-373” itu mula diperkenalkan kepada awam pada 2019 dan sejak daripada itu telah dipertingkatkan kemampuannya untuk menangani ancaman daripada pesawat-pesawat pejuang generasi kelima dan halimunan seperti F-35.

Menurut sumber daripada Iran, “Bavar-373” adalah sistem pertahanan udara yang dibangunkannya sendiri untuk memintas dan memusnahkan pesawat pejuang, peluru berpandu dan dron daripada jarak jauh dan altitud yang tinggi.

Sistem pertahanan udara jarak jauh Iran itu terdiri daripada komponen-komponen seperti radar, penderia optical (optical sensors), sistem kawalan dan pemerintahan (command and control system) untuk mengesan, menjejaki dan memintas sasaran.

Antara sistem dan komponen yang menjadikan “Bavar-373” sebagai unit yang lengkap termasuklah – kenderaan Transporter Erector Launcher (TEL), kenderaan “Meraj-4” membawa radar amaran awal AESA (Active Electronically Scanned Array) berkuasa tinggi dan pelbagai sistem penderia serta sensor yang lain.

Bavar-373
Teheran mendakwa kemampuan sistem pertahanan udara “Bavar-373” menyamai sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia dan sistem pertahanan udara “MIM-104 Patriot” serta Terminal High Altitude Air Defense (THAAD) Amerika Syarikat.

 

Teheran mendakwa kemampuan sistem pertahanan udara “Bavar-373” menyamai sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia dan sistem pertahanan udara “MIM-104 Patriot” serta Terminal High Altitude Air Defense (THAAD) Amerika Syarikat.

RUSSIA TAWAR SISTEM PERTAHANAN UDARA S-400 “TRIUMF” KEPADA IRAN (KLIK DI SINI)

Sistem pertahanan udara altitud tinggi yang mula memasuki perkhidmatan tentera Iran itu menggunakan peluru berpandu jarak jauh “Sayyad B4” yang berkemampuan membedil sasaran dalam lingkungan 400km dan altitud setinggi 32 km.

Peluru berpandu “Sayyad B4” adalah peluru berpandu pemintas (interceptor) dua fasa dan menggunakan bahan api pepejal (solid-fuelled).

Ia memiliki seeker yang telah dipertingkatkan kemampuannya, sistem penjejak dan kawalan yang telah dinaiktaraf selain kepala peledak yang telah dimodenkan.

Bavar-373
Peluru berpandu “Sayyad B4” adalah peluru berpandu pemintas (interceptor) dua fasa dan menggunakan bahan api pepejal (solid-fuelled).

 

Kesemua peningkatan itu adalah untuk meningkatkan jarak operasi peluru berpandu pemintas itu, ketepatan dan keberkesanannya terhadap pelbagai sasaran termasuk pesawat pejuang, peluru berpandu dan dron.

Pihak tentera Iran mendakwa sistem pertahanan udaranya itu juga berkemampuan mengesan dan menjejak pesawat pejuang generasi kelima F-35I “Adir” milik Tentera Udara Israel yang didakwa halimunan.

Malah Teheran mendakwa radar sistem pertahanan udara itu telah berjaya mengesan pesawat-pesawat F-35 milik Israel dan F-22 Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikatakan halimunan beroperasi di luar sempadan Iran.

Selain pesawat-pesawat pejuang, sistem pertahanan udara “Bavar-373” itu juga berkemampuan mengesan dan menangani ancaman daripada peluru-peluru berpandu kruis, balistik dan juga pesawat-pesawat tanpa pemandu.

Pada November 2022, pihak tentera Iran mendakwa sistem pertahanan udara “Bavar-373” yang menggunakan radar X-Band telah berjaya mengesan sasaran daripada kedudukan sejauh 450km.

Altitud maksimum peluru berpandu sistem pertahanan udara itu juga telah berjaya dipertingkatkan daripada 27km kepada 32km.

Bavar-373
Pada November 2022, pihak tentera Iran mendakwa sistem pertahanan udara “Bavar-373” yang menggunakan radar X-Band telah berjaya mengesan sasaran daripada kedudukan sejauh 450km.

 

Sebelum dinaiktaraf, sistem pertahanan udara “Bavar-373” itu hanya berkemampuan mengesan sasaran sejauh 350km.

Sistem pertahanan udara Bavar-373 dipercayai direkabentuk berdasarkan kepada sistem pertahanan udara S-300 milik Russia yang cuba diperolehi oleh Iran pada 2007.

 Iran sepatutnya memperolehi sistem S-300 itu pada 2007, tetapi penghantarannya dihalang akibat sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2010.

Iran telah meneruskan pembangunan sistem pertahanan itu yang dinamakan Bavar-373. — DSA

Iklan

 

Comments are closed.