Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Intelligence Fusion Centre” Pertingkat Keupayaan Perisikan Tentera Darat Malaysia

Pembangunan IFC TD ini adalah berpandukan kepada pembangunan keupayaan strategik TD Army 4NextG (2021-2050) dan merupakan antara salah satu daripada lima matlamat keupayaan TD iaitu pengesanan atau ‘detection’.

0 4,922

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Keupayaan strategik Tentera Darat Malaysia (TDM) terus dipertingkatkan melalui pengoperasian Intelligence Fusion Centre (IFC) Tentera Darat bertempat di Wisma Pertahanan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain.

Ketibaan Tan Sri PTD telah disambut oleh Asisten Ketua Staf Perisikan, Mejar Jeneral Datuk Hamzah bin Ali.

Pembangunan IFC TD ini adalah berpandukan kepada pembangunan keupayaan strategik TD Army 4NextG (2021-2050) dan merupakan antara salah satu daripada lima matlamat keupayaan TD iaitu pengesanan atau ‘detection’.

Justeru, TDM akan dilengkapkan keupayaannya dalam ‘Intelligence Surveillance Reconnaisance and Targeting’ (ISRT) dan ‘Information Operation’ (IO).

IFC
(Tentera Darat Malaysia)

 

Berdasarkan keupayaan yang sedia ada, segala bentuk ancaman daripada pihak musuh dapat dikesan seawal mungkin dan penyaluran maklumat yang tepat secara ‘real time’ dapat dilaksanakan dengan lebih efisien bagi membantu ketumbukan TDM membuat keputusan dengan tepat pada masa yang diperlukan.

Keupayaan pengesanan dan penyaluran maklumat secara berterusan bakal memberikan kelebihan kepada TDM dalam ‘Information Dominance’, ‘Battlespace Awareness’, ‘Decision Advantage’ dan ‘Decision Superiority’.

Pada masa yang sama, penambahbaikan akan terus dilaksanakan sejajar dengan perkembangan semasa teknologi dan juga ancaman persekitaran semasa.

IFC
(Tentera Darat Malaysia)

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pembangunan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu; “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM.

Pihak NATO juga memiliki Intelligencei Fusion Centre yang memberikan organisasi perisikan bagi mendepani cabaran-cabaran berkenaan perisikan berkenaan operasi NATO di pelbagai medan seperti di Afghanistan, Kosovo, Teluk Aden, Iraq dan Libya.

NATO Intelligence Fusion Centre itu berpengkalan di United Kingdom.

Banyak negara lain juga memiliki Intelligence Fusion Centre bagi mengembleng sumber-sumber maklumat perisikan mereka daripada pelbagai agensi.– laman FB Tentera Darat Malaysia

Comments
Loading...