Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Peroleh Dron Orbiter 4, Pertingkat Kemampuan Kapal Frigetnya

Dengan saiznya yang lebih kecil dan sistem penderia yang lebih berkemampuan, dron Orbiter 4 akan memberikan Angkatan Tentera Singapura keupayaan yang lebih baik daripada segi pemantauan.

0 4,169

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha Singapura untuk mengukuhkan kemampuan angkatan tenteranya diteruskan  lagi dengan Kementerian Pertahanan republik itu mengumumkan perolehan pesawat tanpa pemandu “Orbiter 4 Close-Range Unmanned Aerial Vehicle” (CR-UAV).

Dengan saiznya yang lebih kecil dan sistem penderia yang lebih berkemampuan, dron Orbiter 4 akan memberikan Angkatan Tentera Singapura keupayaan yang lebih baik daripada segi pemantauan.

Menurut Kementerian Pertahanan Singapura, sistem dron terbaru itu boleh beroperasi secara sendirian atau bersama dengan sistem dron yang lain untuk memantau medan peperangan di altitude berlainan.

Dibangunkan oleh syarikat Israel, Aeronautics Group boleh beroperasi dalam pelbagai keadaan termasuk di kawasan bandar dan juga di kawasan terhad (confined) untuk membantu misi-misi termasuk anti-terrorisme dan juga misi ketika waktu aman.

Selain untuk operasi di daratan, dron Orbiter 4 ini juga berkesan untuk digunakan untuk misi-misi maritime.

Orbiter

Dron Orbiter 4 ini mempunyai panjang saying 5.4 meter dan berat kira-kira 50kg serta hanya boleh dioperasikan oleh tiga orang krew.

Antara aplikasi maritim sistem dron terbaru tentera Singapura adalah misi di Zon Ekonomi Eksklusif, misi memberi perlindungan kepada kapal-kapal serta kemudahan di pesisir pantai.

Ia juga boleh digunakan untuk menilai kesan kemusnahan selepas sesuatu serangan selain mencari sasaran untuk precision guided munitions.

orbiter

Dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), dron Orbiter 4 itu juga boleh digunakan untuk misi-misi Electronic Intelligence (ELINT), Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaisance (ISTAR) dan lain-lain.

Dron Orbiter 4 boleh terbang setinggi maksimum 18,000 kaki dan terbang selama 24 jam maksimum.

Sementara itu, Singapura mengumumkan bahawa keenam-enam buah kapal frigetnya kelas-Formidable akan menjalani mid-life upgrades (MLU) selepas hampir 20 tahun berkhidmat dengan Tentera Laut Singapura.

Formidable
Kapal friget kelas Formidable

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Keenam-enam buah kapal friget itu ditauliahkan dalam tentera laut republik itu pada tahun 2007.

Kerja-kerja MLU itu akan menyaksikan kapal-kapal friget itu diberikan peningkatan kemampuan command and control serta sistem penderia yang baru menerusi aplikasi Artificial Intelligence (AI) bagi membolehkan kapal mengesan sasaran dan ancaman dengan lebih cepat.

Sistem persenjataan kapal-kapal  friget Singapura itu juga akan dipertingkatkan tetapi Kementerian Pertahanan Singapura tidak mendedahkannya jenis persenjataan baru yang melengkapi kapal friget itu. — DSA

Formidable

 

Comments
Loading...