Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Bina Jambatan Bailey Kedua Bantu Mangsa Banjir

0 857

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 RAJD) dan dibantu oleh anggota daripada 2 Skn RAJD sedang melaksanakan pembinaan jambatan Compact Bailey Bridge di Kampung Belimbing, Maran, Pahang bermula semalam.

Jambatan Compact Bailey Bridge itu dijangka siap esok.

jambatan

Seramai 9 pegawai dan 111 anggota RAJD terlibat dalam melaksanakan pemasangan jambatan tersebut dengan diketuai oleh Pegawai Memerintah 91 RAJD, Kolonel Muhammad Zamri bin Musa.

Pembinaan jambatan sepanjang 33 meter itu akan menghubungkan semula 3 lokasi di kawasan berkenaan iaitu Kg Serengkam, Sri Makmur dan Sri Jaya yang mana ianya akan memberi manfaat kepada lebih 2,600 penduduk yang terjejas sebelum ini. Struktur jambatan sedia ada telah runtuh pada 4 Jan 21 disebabkan berlakunya hakisan akibat arus deras dan peningkatan paras air sungai.

jambatan

Jambatan Compact Bailey 200 adalah jambatan yang dibekalkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) secara gunasama.

Walaupun keadaan jalan yang sempit dan tidak rata serta berbukit, Trup masih mampu melaksanakan proses pemasangan berdasarkan perancangan yang ditetapkan.

Jambatan ini merupakan jambatan kedua yang dibina selepas jambatan pertama telah siap dibina di kampung Lechar, Ulu Dong, Raub pada 9 Jan 21.

MAKLUMAT DAN GAMBAR DIPEROLEHI DARIPADA BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Comments
Loading...